Cari Blog Ini

Jumaat, 9 November 2012

KENANGAN: PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

ANALISA KEM RAKAN REMAJA  PATRIOTIK 2009

Siri           : 1 Hingga 6
Tahun     : 2009
Tempat    :

  • TAMAN MINI MALAYSIA & MINI ASEAN (TMMA)
  • KUALA KUBU, SELANGOR.
  • KAMPAR, PERAK.
  • TANJUNG PIAI, JOHOR.
  • DESARU JOHOR.

A) PENGENALAN ANALISA KEM

·               Analisa dan penilaian yang dibuat berdasarkan borang-borang analisa, temubual, pemerhatian dan perbincangan antara Penasihat dan Pemerhati (rujuk Modul Asas Kem) berlandaskan Modul Asas Kem. Analisa dari beberapa aspek yang dapat membantu pihak Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka (IKSEP) meneruskan kajian berkenaan penghayatan remaja di antara 16 hingga 25 tahun terhadap Nasionalisme, Patriotisme, Sejarah, Ketatanegaraan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.
·               Kem Rakan Remaja Patriotik yang lengkap dari semua sudut penghayatan yang dibantu oleh jurulatih-jurulatih yang layak dan terlatih. Penilaian yang mengambil kira semua sudut termasuk pandangan peserta itu sendiri, keupayaan diri dan tahap pemahaman peserta.
·               Kem yang lengkap dengan 2 kaedah iaitu ‘Kemasukan’(Input) dan ‘Keluaran’ (Output) sebagaimana dibahagi secara teratur begitu juga dengan beberapa strategi yang berjaya menarik minat peserta.
·               Kaedah Kemasukan seperti 3 slot ceramah, kuliah / tazkirah, ucapan (dalam majlis pembukaan dan penutup), Slot bengkel kefahaman anjakan paradigma dan diskusi.
·               Kaedah Keluaran seperti slot debat, persembahan kumpulan, perbincangan kumpulan, ikrar dan slot Azam dan Janji.
·               Terdapat juga 1 slot yang melibatkan Kemasukan dan Keluaran secara serentak di dalam slot Jurus 1 Malaysia justeru menjadi ‘Branding’ antara peserta yang boleh dijadikan aktiviti bersama pada masa akan datang.


B) ANALISA KEM

B.1
RENCANA PROGRAM
:
Berdasarkan analisa peserta (rujuk borang analisa peserta) rencana program yang telah disusun perlu di beri lebihan masa kepada program debat dan sukan berkembara. Ini dapat disimpulkan bahawa minat peserta adalah untuk meluahkan perasaan mereka melalui slot-slot debat begitu juga menunjukkan kemampuan diri mereka melalui slot lasak.
Perbincangan kumpulan selepas slot-slot ceramah dan aktiviti membuka ruang kepada peserta untuk menilai dengan lebih dalam selain berkongsi pandang tentang topik yang telah disampaikan. Hasil analisa bahawa IKSEP berjaya membuat penemuan seperti berikut:
Ø  Remaja di bawah 25 dan tidak kurang daripada 16 tahun ini perlukan satu platform untuk mereka meluahkan idea dan pandangan kerana mereka merupakan generasi yang bakal mengundi begitu juga mereka inilah yang akan membuat perubahan bentuk pemerintahan masa akan datang.
Ø  Remaja ini kurang mendapat pendedahan yang intelek berkenaan semangat nasionalisme, patriotisme, ketatanegaraan dan ketatasusilaan. Apabila diberi ruang selama 3 hari 2 malam ini remaja merasakan seolah-olah mereka telah diberi suntikan semangat baru untuk berjuang mempertahankan hak kerakyatan mereka.
Ø  Remaja mula sedar bahawa Kepercayaan Kepada Tuhan merupakan tunjang dan landasan utama serta kebenaran Rukun Negara itu sendiri meletakkan kepercayaan itu yang paling utama di dalam Rukun Negara.
Ø  Analisa membuktikan bahawa dengan perhatian dan ruang luahan yang terkawal dapat membentuk satu generasi remaja yang berjati diri serta merupakan pemimpin yang dapat membantu perkembangan sosio keluarga, masyarakat, negeri dan seterusnnya negara Malaysia.
Ø  Jurus 1 Malaysia yang dibuat menampakkan ada satu amalan sama yang diperolehi oleh peserta boleh dikatakan sebagai ‘Branding’ antara mereka. Rakan Remaja Patriotik IKSEP merupakan bakal pemimpin yang bersemangat selepas 3 hari 2 malam diberi pendedahan dan ‘input’ serta kaedah ‘output’ yang berkesan.
Ø  Kaedah penganjuran yang perlu diberi nilai tambah sebagai contoh ada peserta yang tidak dimaklumkan dari segi persediaan pakaian dan kandungan kem ini. Terdapat beberapa isu seperti di Kuala Kubu Selangor terdapat seorang peserta yang memohon pulang kerana tidak berminat untuk meneruskan program kem. Dari perbincangan didapati bahawa mereka tidak diberi maklumat sebenar tentang penganjuran kem. Selain itu, lokasi kem yang menempatkan penginapan yang terlalu jauh daripada dewan dan tapak aktiviti lain memenatkan peserta serta mengganggu ketepatan masa. Alatan bantuan mengajar yang kurang lengkap dan kerjasama yang lemah daripada pihak penyewa tapak lokasi. Segala kelemahan ini menjadi faktor kepada kurang berkesannya input dan output kepada peserta. Namun dengan pengalaman dan pengendalian modul operator dan penceramah yang berpengalaman analisa menggambarkan peserta-peserta ini 70% antaranya berjaya diberi suntikan baru dan semangat yang berguna kepada mereka.
Ø  Kaedah penganjuran di Kampar, Perak terdapat sedikit kecelaruan apabila ada penglibatan selain modul operator yang telah dilantik oleh pihak IKSEP sendiri.
Ø  Pengurusan tapak lokasi di Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Melaka (TMMA) dan Desaru Resort, Johor merupakan pengurusan yang memuaskan serta sesuai dikekalkan sebagai tapak kem. Kerjsama dan sokongan yang diberikan amat baik serta mendapat pujian daripada peserta di dalam borang analisa peserta.
Ø  Tanjung Piai Resort adalah merupakan tapak lokasi yang cantik namun kurang sesuai jadikan tapak kem dari beberapa aspek seperti kurangnya kemudahan serta alatan bantuan dan kurangnya ciri-ciri keselamatan kepada peserta. Selain itu, pihak pengurusan resort kurang memberikan kerjasama apabila diperlukan pada masa-masa tertentu.
B.2
PESERTA
:
Ø  Analisa menggambarkan terdapat dua pembahagian remaja yang dipisahkan oleh 2 faktor iaitu taraf hidup dan pengusahaan ilmu. Ada antara peserta yang agresif namun bersikap kurang matang serta tidak berjaya meluahkan idea-idea yang bernas justeru ini menjadi kekecewaan kepada individu terbabit. Sebaliknya ada peserta yang intelek namun kurang berkeyakinan diri serta bersikap pasif di dalam kumpulan. Ini juga menimbulkan kekecewaan pada individu terbabit. Namun bermula daripada slot debat, disambung dengan persembahan kumpulan kedua-dua jenis peserta ini mula menampakkan keterbukaan dan penyerapan ilmu itu telah bermula dan dibuktikan di dalam Azam dan Janji di mana peserta-peserta ini sudah kurang menampakkan perbezaan antara mereka dengan kata lain kaedah penerapan yang terdapat dalam slot-slot ini boleh diguna pakai. (rujuk borang analisa peserta kem rakan remaja patriotik iksep)
Ø  Satu lagi penemuan yang berjaya dibuat adalah dari sudut kerjasama pasukan dan keyakinan diri berinteraksi sesama sendiri. Slot personaliti diri dan slot Konsep 1 Malaysia berjaya merubah minda mereka tentang kepentingan Kesopanan dan Kesusilaan di dalam Rukun Negara. Penghayatan ini tergambar semasa sesi perdebatan, persembahan kumpulan serta azam dan janji (rujuk borang Azam dan Janji ; Borang Analisa Peserta Kem Rakan Remaja Patriotik IKSEP). Peserta menilai bahawa hubungan sosial di dalam masyarakat agak terhad serta kurang diberi ruang kepada mereka membuktikan kemampuan dan pemikiran mereka. Mereka memerlukan ruang seperti kem ini untuk memuhasabah diri selain menilai senario sebenar sosio masyarakat dalam negara dan hasilnya mereka sedar bahawa kerajaan di bawah pucuk pimpinan sekarang tidak boleh ditukarganti namun perlu disokong dan diberi nilai tambah agar akan terus aman dan makmur (diluahkan di dalam sesi debat).
Ø  Kem di Kampar Perak, menggambarkan satu senario yang agak berbeza. Penganjuran kem agak kurang berkesan kerana terdapat pihak lain yang terlibat selain daripada modul operator yang telah dilantik oleh pihak IKSEP. Ini menjadi punca kepada beberapa masalah disiplin peserta yang menerima 2 bentuk arahan berbeza. Selain itu, pada peringkat awal ketibaan peserta ini nampak tidak bersemangat serta kurang berdisiplin.
Ø  Peserta di Kampar, Perak menggambarkan satu senario yang berbeza di mana peserta ini tidak bersemangat serta 75% daripadanya pada peringkat awal tidak memberi interaksi, disiplin, penumpuan, kerjasama dan penglibatan secara baik. Interaksi antara peserta juga agak kurang baik. Ini menggambarkan satu senario sosio budaya dan masyarakat yang agak pasif serta tidak menghayati Kesopanan dan Kesusilaan di dalam Rukun Negara. Hasil perbincangan menggambarkan bahawa pelajar yang terdiri daripara penuntut IPTS ini kurang diberi pendekatan nasionalisme, patriotisme, ketatanegaraan dan Konsep 1 Malaysia itu sendiri. Ini dapat dicungkil daripada sesi perbincangan kumpulan pada peringkat awal (hari pertama) kem di Perak ini. 98% peserta di Perak adalah berketurunan Melayu dan beragama islam namun pada sesi solat (hari pertama) tidak sampai 40% peserta yang terlibat. Satu senario yang amat berbeza daripada kem-kem di negeri lain. Namun pada akhir kem dapat dibuktikan (rujuk borang-borang analisa) bahawa mereka ini boleh dibentuk dan mereka sebenarnya kurang mendapat perhatian dan kurang diberi ruang untuk meluahkan idea dan kemampuan mereka. IKSEP sebenarnya telah berjaya membentuk satu kumpulan Rakan Remaja Patriotik di Perak dalam masa yang singkat dan dibuktikan di dalam sesi debat, ajakan paradigma, persembahan kumpulan dan Azam dan Janji. Kelemahan remaja ini boleh menjadi bahan analisa kepada beberapa isu yang berlaku di Perak. Ketatanegaran perlu disuntik melalui program-program kem IKSEP agar senario politik di Perak dapat diberi nafas baru.
Ø  Analisa di Tanjung Piai, Johor memberi maklumat bahawa wakil-wakil pelajar dari UTM, UITM dan Kolej Komuniti Tanjung Piai merupakan peserta yang paling menyerlah penglibatan mereka. Mereka merupakan contoh remaja generasi penerus yang berkeyakinan menjadi pemimpin masa akan datang. Walaupun pada peringkat awal remaja ini kurang mendapat pendedahan tentang kem yang bakal dihadiri namun mereka berjaya mentransformasi diri menyerap suasana kem dan menjadikan kem ini sebagai satu kem yang paling berjaya tahun 2009. 80% antara mereka berkeyakinan tinggi, memberi penumpuan, berinteraksi, bekerjsama, berdisiplin, berkebolehan, dan mempunya ketahanan mental yang baik. Ini menggambarkan bahawa institusi-institusi pengajian tinggi di Johor berjaya melahirkan penuntut-penuntut yang baik. Selain itu mereka meluahkan melalui sesi debat dengan begitu lantang tentang betapa mereka kecewa dengan masyarakat, institusi, pemimpin mahupun individu yang tidak menghayati Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Jauh dihati mereka Barisan Nasional perlu kekal dan disokong namun memerlukan perubahan dari sudut ketatanegaraan kepada segelintir pemimpin. Ini diluahkan di dalam sesi debat, persembahan serta Azam dan Janji. Dalam ucapan akhir wakil pelajar di dalam sesi penutup mereka berpendapat bahawa kem IKSEP ini telah memberi anjakan paradigma dan semangat baru untuk mereka berjuang sebagai Rakan Remaja Patriotik IKSEP.
Ø  Peserta-peserta kem yang datang dari Institusi Pengajian Tinggi di negeri Melaka dan Johor merupakan peserta yang pada peringkat awal boleh dikatakan memahami prinsip-prinsip Rukun Negara. Pencapaian mereka mudah dinilai dan merupakan pencapaian yang baik. Boleh dianggap samarata serta masih segar untuk diberi rawatan awal untuk membangkitkan wajadiri mereka. Kem di TMMA, Tanjung Piai dan Desaru menggambarkan keterbukaan remajanya menerima Kemasukan dan Keluaran yang positif serta perlu diberi tumpuan lebih agar kekuatan ini dapat dilonjakkan justeru dibimbing menjadi generasi penerus yang terbaik.
Ø  Peserta-peserta kem di Selangor dan Perak menggambarkan satu senario berbeza mungkin kerana pengaruh sosio keluarga yang lebih taksub kepada idealogi pembangkang. Terdapat di antara peserta apabila ditemubual meluahkan rasa tidak puashati kerana berada di dalam suasana sosio keluarga yang beridealogikan pembangkang. Ini perlu diberi perhatian bagaimana kaedah untuk memberi suntikan semula kepada remaja ini agar semangat mereka dapat menenggelamkan semangat ibubapa mereka yang taksub. Jelas dan nyata Rukun Negara merupakan senjata utama yang paling berkesan serta perlu diperhebatkan agar ketatanegaraan dapat menolak idealogi-idealogi yang berlawanan dengan corak pemerintahan kerajaan sekarang.
B.3
RUMUSAN ANALISA
:
o      Secara keseluruhan peserta amat berpuashati dengan penganjuran kem ini begitu juga berhasrat untuk menghadiri lagi kem ini sekiranya diberi peluang.
o      Analisa menggambarkan 60% remaja kurang mendapat pendedahan dari sudut nasionalisme, patriotisme, sejarah, ketatanegaraan, konsep 1 Malaysia dan Rukun Negara itu sendiri.
o      Ada antara remaja ini diperingkat awalnya tidak menghafal Rukun Negara dan ada juga yang tidak tahu apa kandungan Rukun Negara. Ini menggambarkan remaja sekarang lebih cenderung kepada kehidupan mereka sendiri dan kurang mempunyai daya juang untuk mempertahankan hak mereka.
o      Kem telah berjaya walaupun dalam masa yang singkat untuk memberi kesedaran yang setimpal dengan ruang masanya. Perubahan dan anjakan paradigma yang telah berlaku begitu ketara dan membuktikan remaja kini sebenarnya dahagakan kesempatan dan peluang untuk mempertahankan hak-hak mereka.
o      Di antara luahan mereka adalah dari sudut ketelusan undang-undang dan perlembagaan. Ini diluahkan dalam sesi debat dan menggambarkan bahawa terdapat kekecewaan di dalam diri mereka terhadap beberapa pemimpin negara sekarang yang kurang ketatanegaraannya.
o      Remaja juga bersetuju dan menerima kenyataan bahawa negara Malaysia perlu kekal di dalam sistem pemerintahan Barisan Nasional namun adalah menjadi tanggungjawap mereka untuk memberi nilai tambah serta bergerak aktif berjuang di dalam menyampaikan kepada remaja lain bahawa mereka tetap berpegang bahawa Rukun Negara ini sangat relevan dan setiap kepimpinan haruslah berlandaskan kepada PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA.
o      Remaja bersetuju dan berpendapat Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan oleh sekelian rakyat Malaysia. Mereka meluahkan melalui slot Azam dan Janji dengan begitu bersemangat sebagai rakyat negara Malaysia yang berdaulat.
o      Program KEM RAKAN REMAJA IKSEP perlu diteruskan serta perlu diberi sokongan padu sebagai pemangkin yang akan mengkaji serta menganalisa senario sosio masyarakat dan sosio keluarga dari sudut nasionalisme, patriotisme, sejarah, ketatanegaraan, konsep 1 Malaysia dan Rukun Negara. Kem ini perlu dijadikan program berjadual serta mendapat satu tapak khas bagi setiap negeri agar usaha ini akan sampai kesemua peringkat masyarakat.
o      Perjuangan ini walau dengan berskala kecil namun merupakan senjata berkesan memulihkan masalah di dalam negara Malaysia. Rukun Negara merupakan intipati utama yang perlu diterapkan kepada remaja agar generasi penerus ini akan berjaya membuat anjakan paradigma yang besar di dalam masyarakat Melayu khususnya dan negara Malaysia amnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan