Cari Blog Ini

Jumaat, 9 November 2012

KALBU KU

Dikala diri ini tiada lagi daya dan upaya hanya berserah segalanya kepada Mu Yang Maha Esa.. Kaki yang berpijak di bumi umpama berdiri di atas sebuah rakit yang hanyut di lautan yang luas.. Hanyut tiada haluan hanya berserah kepada buaian ombak yang terkadang bergulung-gulung menghempas dan terkadang tenang setenang air di dalam gelas yang jernih.. Nafas ini, kerdipan mata ini, denyutan nadi ini, degupan jantung ini dan aliran darah ini adalah aturan Mu Yang Maha Memiliki Arsyil A'zim di dalam tadbir Ilmullah memerintah aturan sulbi yang amat seni namun teramat kukuh mentadbir tulang-belulang ku.. Tiada daya dan upaya dari ku hambu mu yang hina tidak memiliki apa-apa hanya lah berbekalkan perjanjian di alam alastu bagi aku melata di atas muka bumi Mu Yang Maha Mentadbir sekelian alam.. Hilang segala kudrat dan iradat pada ku selain dari mengharap Rahman dan Rahim Mu ya Allah Yang Maha Kaya dan Maha Memerintah.. Terimalah penyaksian dan penghambaan hamba mu yang hina ini yang diciptakan dari setitis mani dan tanah yang hina.. An-Nafs hamba mu ini serta jasad ini sudah hampir tewas di dalam perjalanan kami yang besar dugaannya hampir-hampir tenggelam tidak berdaya bertahan, hanyalah mengharap belas kasih ampunan dan rahmat Mu ya Allah ringankanlah apa juga yang tiada daya bagi kami menanggungnya.. Inilah doa-doa penyerahan kami hanya kepada Mu Ya Allah..
Dengan nama Mu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
YA ALLAH, hamba Mu ini memohon kepada Mu dengan Cahaya Wajah Mu ya Allah Yang Maha Agung, yang memenuhi seluruh penjuru Arsy Allah Yang Maha Agung agar berselawat ke atas penaung kami Muhammad salallahu a'laihi wasallam yang memiliki kadar yang agung dan ke atas keluarganya kekasih Allah yang agung dengan kadar ke Agungan Zat Mu ya Allah Yang Maha Agung, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Mu ya Allah Yang Maha Agung dengan selawat yang berkekalan, dengan Kekekalan Mu ya Allah Yang Maha Agung, demi mentakzimkan Haq Mu.. Wahai penaung kami, wahai Muhammad salallahu a'laihi wasallam wahai pemilik akhlak yang agung dan kurniakanlah oleh Mu ya Allah Yang Maha Agung ke atasnya salam serta ke atas keluarganya seumpama itu, dan himpunkanlah daku dengannya sebagaimana ya Allah menghimpunkan di antara roh dan an-nafs, secara zahuir dan batin, ketika jaga dan tidur dan jadikanlah dia wahai Allah Tuhan Pentadbir alam  sebagai roh bagi zat ku dari segala wajah, di dunia sebelum akhirat wahai Yang Maha Agung..

Ya ALLAH, Yang Maha Rahman, Yang Maha Rahim, Yang Maha Rauf, Yang Maha Ghaffar, Yang Maha Wahhab, Yang Maha Razzaq, Yang Maha Fattah, Yang Maha Alim, Yang Maha Khafid, Yang Maha Mu'iz, Yang Maha Sami', Yang Maha Bashir, Yang Maha Hakam, Yang Maha Adlu, Yang Maha Azim, Yang Maha Ghafur, Yang Maha Karim, Yang Maha Mujib, Yang Maha Wadud, Yang Maha Haq, Yang Maha Qawiyyu, Yang Maha Matin, Yang Maha Wajid, Yang Maha Ahad, Yang Maha Muqtadir, Yang Maha Zahir, Yang Maha Batin, Yang Maha Wali, Tawwabu, Yang Maha Muna'am, Yang Maha Afuwwu, Yang Maha Ghoni, Yang Maha Mughni, Yang Maha Nur, Yang Maha Hadi, Yang Maha Badi', Yang Maha Baqi, Yang Maha Rashid, Yang Maha Shobur, Ya Allah yang memiliki Arsy Yang Agung hamba mu ini berdoa, bertawakal dan bertawasul ke atas penaung ku nabi Muhammad salallahu a'laihi wasallam yang menjadi kekasih Mu ya Allah.. Hamba mu ini tidak pernah bertemu kekasih Mu Muhammad salallahu a'laihi wasallam namun dengan sepenuh hati serta segala iman dengan ilmu serta petunjuk yang telah Ya Allah Yang Maha Esa sampaikan kepada kami, kami mentaati, menyaksikan dan iktiqad kepada Mu ya Allah dengan syahadah Allah Maha Esa yang ku sembah dan Muhammad hamba dan rasul Mu ya Allah Yang Maha Agung..

Hamba mu ini, berdoa dengan menyampaikan bersama doa ini bagi arwah ibu ku (nama), bapa ku (nama), ibu mertua ku (nama), bapa mertua ku (nama), isteri ku (nama), putera-putera ku (nama2), para malaikat, para nabi dan rasul, para sahabat, para ailiya', para waliullah, adik beradik ku (nama2), seluruh warisan di dalam salasilah ku samada yang masih hidup mahu pun yang telah arwah, sahabat-sahabat ku (nama2) dan seluruh muslimin, muslimat, mukminin, mukminat samada yang masih hidup mahu pun yang telah arwah..

Ya ALLAH, Yang Maha Rahman, Yang Maha Rahim, Yang Maha Rauf, Yang Maha Ghaffar, Yang Maha Wahhab, Yang Maha Razzaq, Yang Maha Fattah, Yang Maha Alim, Yang Maha Khafid, Yang Maha Mu'iz, Yang Maha Sami', Yang Maha Bashir, Yang Maha Hakam, Yang Maha Adlu, Yang Maha Azim, Yang Maha Ghafur, Yang Maha Karim, Yang Maha Mujib, Yang Maha Wadud, Yang Maha Haq, Yang Maha Qawiyyu, Yang Maha Matin, Yang Maha Wajid, Yang Maha Ahad, Yang Maha Muqtadir, Yang Maha Zahir, Yang Maha Batin, Yang Maha Wali, Tawwabu, Yang Maha Muna'am, Yang Maha Afuwwu, Yang Maha Ghoni, Yang Maha Mughni, Yang Maha Nur, Yang Maha Hadi, Yang Maha Badi', Yang Maha Baqi, Yang Maha Rashid, Yang Maha Shobur, Ya Allah yang memiliki Arsy Yang Agung hamba mu ini berdoa, bertawakal dan bertawasul ke atas penaung ku nabi Muhammad salallahu a'laihi wasallam yang menjadi kekasih Mu ya Allah.. Hamba mu ini tidak pernah bertemu kekasih Mu Muhammad salallahu a'laihi wasallam namun dengan sepenuh hati serta segala iman dengan ilmu serta petunjuk yang telah Ya Allah Yang Maha Esa sampaikan kepada kami, kami mentaati, menyaksikan dan iktiqad kepada Mu ya Allah dengan syahadah Allah Maha Esa yang ku sembah dan Muhammad hamba dan rasul Mu ya Allah Yang Maha Agung..

Ampunilah segala dosa-dosa kami, terimalah taubat kami, hamba mu yang lemah dan tidak mengetahui ini ya Allah. Sesungguhnya kami ini jahil dan hanya bergantung harap kepada kemapunan dan petunjuk dari Mu. Terimalah ibadah kami, peliharalah hati kami, akal kami, nafsu kami, nafsi kami, jasad kami, roh kami, An-Nafs kami dan islam kan lah qorin kami dari mengulangi melakukan dosa-dosa kemungkaran kepada Mu ya Allah Yang Maha Ahad.

Jauhkanlah kami dari kefasikan dan yang paling kami takuti jauhkan lah kami dari kesesatan serta syirik. Teguhkanlah hati, akal, nafsu, nafsi, jasad, qorin yang islam, roh dan an-nafs kami tetap yakin, iktiqad dan iman hanya kepada Mu ya Allah Yang Maha Esa yang Tuhan yang kami sembah dan Muhammad hamba dan rasul Mu.

Ya Wali, Ya Muta'alli, Ya Malikul Mulk, Ya Qodir, Ya Ahad, lindungilah kami dari kejahatan bisikan, pandangan, pendengaran, lisan, tiupan, sentuhan iblis, syaitan, jin, manusia dan dajjal al-masih. Lindungi kami dari hasad, dengki, fitnah, sihir, pembohongan, pergaduhan, permusuhan, peperangan, kekejaman, penganiyaan, pembunuhan, mala petaka alam, kecelakaan, kebodohan, yang telah ditentukan sebelum ia berlaku Ya Wali, Ya Muntaqim..

Ya Allah, Ya Rauf, Ya Ghaffar, Ya Tawwabu, Ya Afuwwu, ampunkan segala dosa zina kami, dosa berbohong kami, dosa mencuri kami, dosa kejahilan/kebodohan kami, dosa kefasikan kami, dosa, fitnah kami, dosa pergaduhan kami, dosa permusuhan kami, dosa kekejaman kami, dosa penganiayaan kami, dosa pembunuhan kami, dosa pandangan kami, dosa kalam kami, dosa mendengar kami, dosa tangan-tangan kami, dosa kaki-kaki kami, dosa kemaluan kami, dosa jasad, dosa nafsu, dosa akal, dosa nafas kami dan janganlah di hukum kami di dalam syirik kerana kami tidak mengetahui sesungguhnya kami tetap beriman dengan iman dan ilmu sekadar yang ada serta termampu di atas ilmu dan kurnia rahmat Mu Ya Allah Ya Robbul Arsyil A'zim..

Ya Allah, Ya Ahad, tempatkan kami bersama para malaikat, para nabi serta rasul, para sahabat, para auliya' yang dikurniakan, para waliullah yang dikurniakan, para syahid yang dikurniakan, para ulamaq yang dikurniakan, para murshid yang dikurniakan, para anak-anak yatim yang dikurniakan, para ibu yang dikurniakan, para anak soleh yang dikurniakan, para pemerintah yang dikurniakan, uwais al-qorani, bilal bin robbah, al-quran nur karim, dan ibu kami yang melahirkan kami di dunia dan di akhirat. Jauhkan kami dari terpedaya dengan dajjal al-masih, iblis, syaitan, jin, orang-orang yang fasik dan kafir. Peliharalah akhlak kami sampaikanlah ilmu yang benar di jalan Mu, yang bermanfaat, yang laduni, yang bersanad, torikat, syariat, hakikat dan ma'rifatullah yang menjadi petunjuk kepada Nur kami ke jalan yang benar dan dikasihi oleh Mu Ya Allah Yang Maha Mengasihi. Berilah kekuatan akal, kebijaksanaan, kepandaian, kemuliaan fikiran, ketenangan fikiran, hati yang ikhlas, jiwa yang suci dengan kurnia Mu kepada Muhammad salallahu a'laihi wasallam siddiq, amanah, tabliq fatonah supaya kami tidak tersesat begitu juga sentiasa di dalam rahmat pemeliharaan Mu yang melindungi kami dari kejahatan yang naik ke langit, kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang keluar dari bumi ini Ya Muta'ali, Ya Nur, Ya Badi', Ya Rashid, Ya Shabur, Ya Zahir, Ya Batin, Ya Awal, Ya Akhir..

Bantulah kami di dalam urusan dunia kami, urusan rezki kami, urusan ilmu kami, urusan pekerjaan kami, urusan hubungan dengan manusia, urusan hubungan dengan makhluk, urusan kesihatan, ibadah serta amal jariah rukun dan sunat kepada kami, tetapkan iman kami, letakkan kami di dalam urusan yang halal, keluarkan kami dari kefakiran serta kemiskinan, keluarkan kami dari belenggu hutang yang menjadi dosa kepada kami, keluarkan kami dari mengemis, memohon simpati manusia serta makhluk lainnya Ya Ghoni, Ya Mughni, Ya Wahhab, Ya Mukmin, Ya Salam, Ya Razzaq, Ya Alim, Ya Khafid, Ya Rafi', Ya Mu'iz, Ya Karim, Ya Sami', Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Syakur.. Ya Allah.. Berikanlah kecukupan dan kesenangan di dalam urusan dunia dan akhirat kami, Kurniakanlah rezki yang halal, suci, serta berkat yang melimpah ruah, yang tidak disangka-sangka,  sebagai sumber kekayaan kami di dunia dan akhirat. Kurniakanlah pekerjaan atau perniagaan sebagai sumber rezki yang halal. Kecukupan di dalam urusan nafkah, tempat tinggal/rumah yang sempurna, pakaian, perbelanjaan menuntut ilmu, kenderaan yang sempurna, makanan dan keperluan hidup yang lainnya. Kurniakanlah kecukupan untuk kami berzakat, bersedekah, dan menunaikan haji ke baitullah. Kurniakanlah kecukupan membayar hutang dan kecukupan dari berhutang, jauhkan kami dari riba', rasuah dan mengambil dari sumber-sumber yang haram atau yang bukan hak bagi kami dan paling kami takuti jauhkan kami dari memakan harta anak-anak yatim piatu yang menjadi dosa besar kepada kami. Segerakanlah usaha, ikhtiar, perniagaan, pekerjaan dan sampaikan hak kami di dunia ini agar kami tidak terus bergelumang di dalam dosa dan penghinaan.

Ya ALLAH, Yang Maha Rahman, Yang Maha Rahim, Yang Maha Rauf, Yang Maha Ghaffar, Yang Maha Wahhab, Yang Maha Razzaq, Yang Maha Fattah, Yang Maha Alim, Yang Maha Khafid, Yang Maha Mu'iz, Yang Maha Sami', Yang Maha Bashir, Yang Maha Hakam, Yang Maha Adlu, Yang Maha Azim, Yang Maha Ghafur, Yang Maha Karim, Yang Maha Mujib, Yang Maha Wadud, Yang Maha Haq, Yang Maha Qawiyyu, Yang Maha Matin, Yang Maha Wajid, Yang Maha Ahad, Yang Maha Muqtadir, Yang Maha Zahir, Yang Maha Batin, Yang Maha Wali, Tawwabu, Yang Maha Muna'am, Yang Maha Afuwwu, Yang Maha Ghoni, Yang Maha Mughni, Yang Maha Nur, Yang Maha Hadi, Yang Maha Badi', Yang Maha Baqi, Yang Maha Rashid, Yang Maha Shobur, Ya Allah yang memiliki Arsy Yang Agung..

Tinggikanlah darjat kami di dunia dan di akhirat. Janganlah diaibkan kami dan janganlah dijauhkan kami dari syurga Mu. Masuk kan lah kami ke dalam syurga Mu dan jauhkanlah kami dari neraka Mu. Pelihara hidup kami dalam iman, mati kami dalam iman dalam kalimah La ila ha illallah Muhammadu rasulullah, rezki kami dalam iman, zahir batin kami dalam iman, kalam kami dalam iman, hati, akal, nafsu, nafsi, qorin, jasad, roh dan an-nafs kami di dalam iqtikad iman yang teguh hanya kepada Mu Ya Allah. Jadikanlah kami syahid mempertahankan iman kami di dunia dan akhirat.

Ya ALLAH, Yang Maha Rahman, Yang Maha Rahim, Yang Maha Rauf, Yang Maha Ghaffar, Yang Maha Wahhab, Yang Maha Razzaq, Yang Maha Fattah, Yang Maha Alim, Yang Maha Khafid, Yang Maha Mu'iz, Yang Maha Sami', Yang Maha Bashir, Yang Maha Hakam, Yang Maha Adlu, Yang Maha Azim, Yang Maha Ghafur, Yang Maha Karim, Yang Maha Mujib, Yang Maha Wadud, Yang Maha Haq, Yang Maha Qawiyyu, Yang Maha Matin, Yang Maha Wajid, Yang Maha Ahad, Yang Maha Muqtadir, Yang Maha Zahir, Yang Maha Batin, Yang Maha Wali, Tawwabu, Yang Maha Muna'am, Yang Maha Afuwwu, Yang Maha Ghoni, Yang Maha Mughni, Yang Maha Nur, Yang Maha Hadi, Yang Maha Badi', Yang Maha Baqi, Yang Maha Rashid, Yang Maha Shobur, Ya Allah yang memiliki Arsy Yang Agung..

Peliharalah alam ini, bumi ini, serta sekelian makhluk Mu, islamkanlah yang kafir. Peliharalah kami seluruhnya yang islam ini dari kekejaman dan penindasan orang kafir, pemerintah yang zalim, fitnah dajjal al-masih dan dari bala bencana yang melenyapkan umat islam. Rahmatilah serta lindungilah kami sekalian alam ini Ya Allah Yang Maha Mentadbir seluruh alam Yang Maha Memiliki Yang Memiliki hari akhirat Yang Maha Besar Yang Maha Esa..

Jadikanlah kami khalifah yang menegakkan nur islam dan mengembalikan keagungan syiar yang di sampaikan oleh para rasul, para nabi, pada anbiyaq ', para sahabat terutama syiar islam junjungan besar kami Muhammad salallahu a'laihi wasallam dan ahlul bait.

Kami hamba Mu yang lemah dan hina ini yang diciptakan oleh Mu Ya Allah dari setitis mani, wadi, mentuban dan bali memohon doa dan perkenan belas ehsan dengan penuh hati jiwa yang memperhamba diri hanya kepada Mu Ya ALLAH, Yang Maha Rahman, Yang Maha Rahim, Yang Maha Rauf, Yang Maha Ghaffar, Yang Maha Wahhab, Yang Maha Razzaq, Yang Maha Fattah, Yang Maha Alim, Yang Maha Khafid, Yang Maha Mu'iz, Yang Maha Sami', Yang Maha Bashir, Yang Maha Hakam, Yang Maha Adlu, Yang Maha Azim, Yang Maha Ghafur, Yang Maha Karim, Yang Maha Mujib, Yang Maha Wadud, Yang Maha Haq, Yang Maha Qawiyyu, Yang Maha Matin, Yang Maha Wajid, Yang Maha Ahad, Yang Maha Muqtadir, Yang Maha Zahir, Yang Maha Batin, Yang Maha Wali, Tawwabu, Yang Maha Muna'am, Yang Maha Afuwwu, Yang Maha Ghoni, Yang Maha Mughni, Yang Maha Nur, Yang Maha Hadi, Yang Maha Badi', Yang Maha Baqi, Yang Maha Rashid, Yang Maha Shobur, Ya Allah yang memiliki Arsy Yang Agung.. tiada daya usaha kekuatan apa jua pun pada kami melainkan dengan Kekuasaan Mu Yang Memiliki Arsy yang agung yang kami hanyalah bergantung tali nafas, jiwa dan nyawa kepada ke Esaan Mu Ya Allah makbulkanlah doa kami, perkenankanlah, perkenankanlah Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan