Cari Blog Ini

Khamis, 8 November 2012

Sekian lama tidak bertinta di sini..

Assalammua'laikum warahmatullah hiwabarokatuh..
Teman-teman yang pernah menjenguk dihalaman saya ini sekalung budi diucapkan. Itulah harga sebuah silaturahmi yang tiada sempadan walau di mana kita berada.. Perjalanan hidup kami yang beronak berliku dengan dugaan-dugaan yang hebat menguji keimanan dan kesabaran seorang insan yang tidak punya apa-apa..

Berhadapan juga dengan kesedihan apabila bapa saudara dan juga merangkap guru usuludin kepada ku iaitu Allahyarham Raja Azman Shah ibni Almarhum Raja Hussien telah kembali kerahmatullah beberapa bulan yang lepas. Kesedihan dan kerinduan masih terasa apabila kadang-kadang ada perkara yang ingin dirujuk. Hanya doa dan tahlil dapat ku fadhiahkan sebagai tanda kasih kami kepada allahyarham..

Masih teringat di telinga pesanan-pesanan yang menjadi kekuatan kepada diri ini apabila berhadapan dengan dugaan-dugaan hidup yang hebat.. Syukur alhamdulillah yang telah memberikan Ilmunya kepada hamba yang tiada apa-apa ini. Melangkah bukanlah semata-mata mencari kehidupan di dunia tetapi merupakan bekalan di akhirat. Setiap kerdipan mata ku, setiap nafas yang turun naik ku bukanlah di atas daya ku sendiri melainkan dengan rahmat Allah yang Maha Esa. Apalah yang ada pada diri ini? Tidak lekang dari tohmahan dan hinaan hanya kerana berhadapan dengan dugaan yang menguji keimanan dan kebenaran bahawa aku tetap teguh beriktiqad kepada Esa Allah walau di dalam apa jua dugaannya.

Sering kali juga aku tergelincir di dalam mengharungi kehidupan ini terutama di dalam mempertahankan istiqomah di dalam ibadah ku.. Hanyalah pohonan ampun dan taubat yang dapat aku pohonkan kerana masa dan tika itu tidak akan kembali lagi untuk di ulangi. Begitu jua lah setiap detik yang tiba memberi soalan kepada diri ku sendiri detik ini apakah ia menjadi bekalan kepada ku atau berlalu sia-sia. Sekurang-kurangnya detik itu aku helakan nafas, tubuh dan seluruh yang membentuk diriku beserta dgn kalimah Allah Hu.. Apakah di sebaliknya bukan lagi menjadi ilmu kepada ku melainkan di dalam peliharaan Allah Maha Esa.

Ya Allah... Lemahnya hamba mu di atas dunia ini.. Menyaksikan keWujudan Mu yang menciptakan sekelian alam seperti yang di sebut di dalam furman Mu di dalam Al-Fatihah ayat yang ke dua: "Alhamdulillah hi Rabbil a'lamin." "Segala puji kepada Mu Ya Allah Pemilik sekelian alam ini".. Kerdilnya kami yang hanya mengharap belas dan kasih Mu yang Maha Menghidupkan. Hiduplah kami di atas Kudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat Mu berbekalkan penyaksian Samaq, Basar dan Kalam Mu yang di rahmatkan kepada kami. Apakah lagi nikmah yang dapat kami dustakan dari mentaati Mu ya Allah..

Inilah dugaan yang amat besar untuk di perlihara.. membuktikan Sanad, torikat, syariat, hakikat dan ma'rifat adalah tiang yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lainnya.. Inilah dugaan yang lebih hebat iaitu memelihara keyakinan dan kebenaran takliq pada diri di dalam menyaksikan dan mengakui apa yang lidah dan hati isbatkan.. Lemahnya diri ini tidak seperti ulamaq dan teman-teman yang lain mampu memahami, menghafal, bertutur dan menulis di dalam bahasa perantara Al-Quran iaitu bahasa Arab (kami lebih gemar menggunakan istilah bahasa bani hasyim). Sedihnya hati dan jiwa ini kerana lalai dari mempelajarinya sejak kecil hingga kini juga masih lalai. Begitu jugalah sedihnya apa hati dan jiwa ini lalai dari memahami dan menguasai ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran Nur Karim. Sedih juga hati dan jiwa ini kerana lalai di dalam menyampaikan Nur Quran kepada sesama manusia.

Namun masih jua aku bersyukur kehadrat yang Maha Esa masih mengurniakan ilmu walau ianya sekadar apa ada mampu pada diri ini atas kelemahan, kelalaian dan kejahilan diri ku sendiri.. Syukur Alhamdulillah kerana masih dikurniakan rahmat kekuatan bagi melawan kesyirikan menjauhkan diri dari menduakan Mu ya Allah.. Wallahuwaqlam.. Allah Maha Mengetahui apakah iqtikad ku masih utuh atau telah rapuh akibat kelalaian diri ku sendiri.. Lindungilah hamba Mu yang doif ini ya Allah.. Lindungilah hamba Mu yang fakir ini ya Allah, Lindungilah hamba Mu yang miskin ini ya Allah..

Terima kasih kepada semua penghinaan yang pernah di lemparkan kepada kami.. Itu membuka hati kami mengingati kebesaran Allah.. Mudah-mudah kebaikan itu akan dapat menghapuskan keburukan di dalam hati-hati mereka yang kami kasihi.. Terima kasih juga kepada bantuan-bantuan yang telah disampaikan kepada kami sesungguhnya air mata kami menjadi saksi kepada amalan jariah kalian dan mudah-mudah itu menjadi asbab kepada rahmat dan syafaat dari Allah buat kalian. Hanyalah doa dan penyaksian yang dapat kami sampaikan buat masa ini.

Sekianlah dahulu buat kali ini.. Semoga ada dipertemukan lagi pada tinta seterusnya..
Wassalammu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan