Cari Blog Ini

Khamis, 25 Julai 2013

SISTEM PERUNDANGAN KESULTANAN MELAKA


SISTEM PERUNDANGAN NEGERI MELAKA
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka terdapat 2 buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang tersebut ialah Hukum Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun melaka merupakan buku undang-undang Melayu yang terawal sekali dalam sejarah perundangan tanahair. Sistem undang-undang yang sedia ada membuktikan kepada dunia bahawa betapa suatu masa dahulu Melaka adalah sebuah kerajaan yang makmur, lengkap dengan segala peraturan-peraturan yang telah sedia ada. Kewujudan undang-undang ini dapat dijadikan pemangkin kepada kekuatan politik kerajaan Melayu Melaka suatu masa dahulu. Melaka mempunyai empayar yang luas dan mempunyai banayak jajahan takluk. Kebanyakan negeri yang di bawah taklukan empayar Melaka seperti Johor dan Kedah banyak menerima pengaruh daripada undang-undang Melaka. Negeri-negeri ini mengamalkan undang-undang yang hampir sama seperti di Melaka.

Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka)
Hukum Kanun kesultanan Melaka merupakan sebuah teks undang-undang yang dipakai di zaman kesultanan Melayu Melaka. Teks ini dapat memperlihatkan nilai kekuasaan yang ada pada raja-raja melaka. Menurut sumber Sejarah Melayu, pada peringkat awal, Hukum Kanun Melaka telah ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Kemudian teks ini telah dijadikan sebagai satu undang-undang yang lengkap pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Secara keseluruhannya, Hukum kanun Melaka membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan undang-undang jenayah, muamalah dan munakahat serta sistem dan peraturan pentadbiran negara. Penulisan Hukum Kanun Melaka tidak dilakukan secara sistematik, di mana terdapat campur aduk antara undang-undang Islam dan undang-undang Hindu. Namun, kebanyakannya Hukum kanun Melaka jelas kelihatan dalam undang-undang perkahwinan dan juga undang-undang jual beli serta prosedurnya.

Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang laut Melaka merupakan satu ketetapan peraturan yang dibuat bagi sesuatu pelayaran. Ia juga dikenali sebagai adat pelayaran Melaka. Kitab peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka adalah sangat penting kerana melaka sememangnya terlibat secara langsung dengan pelayaran antarabangsa yang melibatkan pedagang asing. Dengan adanya Undang-undang laut Melaka ini, dapat memastikan segala masalah yang berlaku di kawasan perairan dapat di atasi dengan mudah dan berlandaskan Undang-Undang. Undang-Undang ini mengandungi tatacara jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pegawai-pegawai kapal. Selain itu, ia juga mengandungi hal ehwal peraturan dan sistem perkastaman, cukai dan tanggungjawab serta bidang kuasa Syahbandar.

Sabtu, 22 Jun 2013

1:200

Pengalaman saya untuk mencapai 10% kejayaan perlu melalui 60% perancangan dan 140% usaha. Ini menjadikan peratus kejayaan itu hanya 5% berbanding 10% permerhatian awal. Bermakna utk mencapai 100% kejayaan; perancangan dan usaha bagi saya; perlu mencapai 2000% dari kebiasaan 100% pada rasio 1:200. Memerlukan 200 kali ganda masa, tenaga dan fikiran. Ratio ini berlaku sejak tahun 2000. Sebagai contoh usaha untuk saya mendirikan rumah tangga sejak tahun 2002 hingga 2008 alhamdulillah terlaksana dan perlu melalui tambahan 12 tahun bagi peringkat keselesaan. Kebarangkalian ini tercatat dan berlaku di dalam segala hal. Tidak ada dlm lipatan kehidupan saya proses merancang utk sesuatu yg akan dtg melainkan wajib melalui apa yg telah ditentukan krn perancangan di atas perkara yg tidak ditentukan akan membawa kegagalan dan memerlukan satu jangkasama yang panjang pada kadar rasio 1:200 utk permulaan yang baru.. Begitu juga halnya di dalam sebarang urusan yang lainnya jika sesuatu urusan itu biasanya berlaku di dalam 1 hari pada kebiasaan saya perlu menyediakan diri bahawa bagi saya ia akan selesai di dalam 200 hari..

Ini bermakna utk melaksanakan sesuatu urusan di dalam tempoh yang tertentu usaha perlu digandakan dgn 200x dari kebiasaan bergantung kepada masa, usaha dan fikiran..  sebagai contoh menerima sesuatu tugasan yang perlu di selesaikan di dalam tempoh 20 hari saya perlu memberi tumpuan masa, tenaga dan fikiran sebanyak 2000x kali ganda dari usaha biasa.. bermakna sekiranya terdapat 20 senarai kerja yang perlu dibuat saya perlu selesaikan senarai itu tidak lebih dari 2 minit utk setiap tugasan.. sekiranya gagal kebarangkalian gagal pada usaha itu akan meningkat kepada kadar 110%.. akhirnya usaha akan tergendala.

Ini juga bermaksud utk berjaya di dalam usaha yg berkumpulan saya perlu memastikan saya berada di antara kumpulan yang dapat memberi paling tidak 160% kerjasama terhadap usaha-usaha tertentu.. jika tidak saya terpaksa melalukannya sendiri demi memastikan usaha itu berjaya krn begitulah kadar pada saya yang telah ditetapkan..

Pengalaman bagi yang pernah bekerjasama dgn saya akan merasa tidak selesa dgn kehadiran saya kerana mrk berpendapat bhw saya terlalu agresif atau ada yg beranggapan bahawa saya menunjuk2.. keadaan sebenar bukanlah begitu adanya.. Saya tahu akan keadaan saya jadi utk memastikan saya mencapai kadar sekata dgn org lain saya perlu melakukan 200 kali ganda berbanding yg lainnya.. jika tidak, akan banyak berlaku kekurangan di atas tugasan2 saya berbanding yg lain.. dan akhirnya saya akan menjadi punca kegagalan usaha tersebut..

Sebagai contoh jika membuat sesuatu yg berbentuk kerja menaip.. saya perlu membaca hasil kerja saya berulang-ulang kali paling tidak 20 kali pemeriksaan jika tidak pasti akan ada kesilapan di dalam usaha tersebut.. Ini bermakna sekiranya saya menaip sepucuk surat bagi tempoh perlu disiapkan di alam 5 minit saya perlu pastikan surat itu siap ditaip tidak lebih dari 3 minit kerana tambah 120 saat iaitu 2 minit utk saya membaca semula surat tersebut bersamaan 6 saat setiap kali bacaan membawa kepada 20 kali bacaan..

Wallahuwaqlam

~rizuan.ahmad~

Selasa, 18 Jun 2013

BAYANGAN

Hidup di dalam bayangan bukan bermakna dgn kehendak dan memilih kehidupan di dalam bayangan.. Betapa jerih apabila dihidupkan umpama di awang-awang dgn tidak mudah menuju kepada sesuatu penzahiran.. Bukan pilihan untuk duduk di dalam bayangan sedangkan jiwa dan hati berusaha utk memilih menzahirkan kehidupan.. Sukar digambarkan dan dinyatakan kepada sesama kerana tiada kaedah bagi menyatakannya.. Terjadilah bayangan2 yang menimbulkan sejuta persoalan dan tanda tanya malah setiap detik semakin hampir serta tidak dapat lari darinya.. 

Akal memilih untuk berfikir dan bertanya namun ilmu utk menyatakan perkara itu amat terhad walau ada amat berbeza dari apa yang dilalui.. Separuh lagi akal telah meletakkan keadaan menyatakan bahawa kehidupan yg dilalui adalah kehidupan sama seperti mereka yang kurang akalnya.. Kewarasan bukan lagi persoalan kerana waras itu adalah satu perletakan atau penentuan hasil daripada kajian kekerapan berlaku di antara kalangan yang ramai. Terjadinya perbezaan di dalam sesuatu pola pemikiran apabila kewarasan akal bersangkut dengan ilmu yang di percayai oleh majoriti. 

Sebagai contoh apabila majoriti memilih jawapan 1+1=2 maka bagi yang menjawap ianya selain dari 2 itu merupakan perbezaan kewarasan dan perbezaan ilmu. Tidak mengira pandangan sendiri melainkan terikat dengan penzahiran akal majoriti. Sedangkan segala sesuatu alam kepada setiap makhluk itu adalah berbeza-beza menurut ketentuan Yang Maha Mencipta. 

Persoalannya apakah kewarasan itu dari konteks individu? dan persoalan kedua apakah benar orang yang dikategorikan tidak waras itu benar-benar tidak waras atau mereka hidup diluar pola kebiasaan orang lain? Begitu jugalah halnya di dalam kehidupan di dalam bayangan..

Teramat sukar apabila cuba untuk menzahirkan bayangan tersebut sedangkan kepada majoriti ianya bukanlah perkara yang sukar.. Apakah keadaannya yang meletakkan bayangan itu lebih lebar layarnya daripada penzahiran itu sendiri?

Fenomena demi fenomena dari setiap waktu dan ketika seakan-akan menutup setiap pemikiran akal melalui ilmu demi menjaga kewarasan kerana kita tetap berada di antara alam majoriti dan kewarasan. Kehendak dan kemahuan menjadi kekangan yang lebih hebat untuk akal memproses keadaan jasmani dan pola kehidupan yang bersangkutan majoriti.. 

Apakah ini perkara biasa berlaku? Berapa ramaikah yang melalui / berpengalaman menjalani kehidupan begini? Persoalan demi persoalan apakah bayangan itu sebenarnya dan apakah zahir itu sebenarnya..? 

~rizuan ahmad~

Isnin, 8 April 2013

Kitab Zuhud Dan Kelembutan Hati

  • Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
    Rasulullah bersabda: Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya akan kembali dan tinggallah amal perbuatannya. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Amru bin Auf ra., ia berkata:
    Bahwa Rasulullah mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut uftinya, karena Rasulullah telah mengadakan perjanjian damai dengan penduduk Bahrain dan mengangkat Alaa' bin Hadhrami sebagai gabenornya. Kemudian Abu Ubaidah kembali dengan membawa harta dari Bahrain. Orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah lalu melaksanakan solat Subuh bersama Rasulullah. Setelah solat, beliau beranjak lalu mereka menghalanginya. Ketika melihat mereka beliau tersenyum dan bersabda: Aku tahu kalian telah mendengar bahwa Abu Ubaidah telah tiba dari Bahrain dengan membawa harta ufti. Mereka berkata: Benar, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Bergembiralah dan berharaplah agar mendapatkan sesuatu yang menyenangkan kamu sekalian. Demi Allah, bukan kefakiran yang aku khawatirkan terhadap kalian, tetapi yang aku khawatirkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepada kalian sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kalian, kemudian kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba dan akhirnya dunia itu membinasakan kalian sebagaimana ia telah membinasakan mereka. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Bahwa Rasulullah bersabda: Ketika seorang dari kalian memandang orang yang melebihi dirinya dalam harta dan anak, maka hendaklah ia juga memandang orang yang lebih rendah darinya, yaitu dari apa yang telah dilebihkan kepadanya. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Bahwa ia mendengar Nabi bersabda: Sungguhnya ada tiga orang Bani Israel, seorang berkulit belang, seorang berkepala botak dan yang lain matanya buta. Allah ingin menguji mereka, maka Dia mengirim malaikat. Malaikat ini mendatangi orang yang berkulit belang dan bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Orang itu menjawab: Warna (kulit) yang bagus, kulit yang indah dan sembuhnya penyakit yang membuat orang jijik kepadaku. Malaikat tersebut mengusap tubuhnya, maka penyakitnya sembuh dan ia diberi warna yang bagus dan kulit yang indah. Malaikat bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu senangi? Orang itu menjawab: Unta. Atau: Ia menjawab: Sapi. (Ishak ragu-ragu tentang itu). Lalu ia diberi unta yang hampir melahirkan lalu malaikat berkata: Semoga Allah memberkahinya untukmu. Kemudian ia mendatangi orang yang botak lalu bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Orang itu berkata: Rambut yang indah dan sembuhnya penyakit yang membuat orang jijik kepadaku. Malaikat mengusapnya, maka penyakitnya sembuh dan ia diberi rambut yang indah. Malaikat bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu senangi? ia menjawab: Sapi. Maka ia diberi sapi bunting lalu malaikat berkata: Semoga Allah memberkahinya untukmu. Kemudian malaikat mendatangi yang buta, lalu bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Ia menjawab: Allah mengembalikan penglihatanku, sehingga aku dapat melihat manusia. Maka Malaikat mengusapnya, sehingga penglihatannya kembali normal. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu sukai? Ia menjawab: Kambing. Maka ia diberi kambing yang beranak. Selanjutnya semua binatang yang diberikan itu beranak-pinak sehingga orang yang berpenyakit belang dapat mempunyai unta satu lembah, yang botak mempunyai sapi satu lembah dan yang asalnya buta memiliki kambing satu lembah. Pada suatu ketika malaikat kembali mendatangi orang yang berpenyakit belang dalam bentuk dan cara seperti ia dahulu lalu berkata: Aku orang miskin yang telah terputus seluruh sumber rezeki dalam perjalananku, maka pada hari ini tidak ada lagi pengharapan, kecuali kepada Allah dan kamu. Demi Tuhan yang telah menganugerahimu warna yang bagus, kulit yang indah serta harta benda, aku minta seekor unta untuk membantuku dalam perjalanan. Orang itu berkata: Masih banyak sekali hak-hak yang harus kupenuhi. Maka malaikat itu berkata kepadanya: Aku seperti mengenal kamu, bukankah kamu yang dahulu berpenyakit kulit belang yang manusia jijik kepadamu, serta yang dahulu fakir lalu diberi harta oleh Allah? Orang itu berkata: Aku mewarisi harta ini secara turun-temurun. Malaikat berkata: Kalau kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti dahulu lagi. Setelah itu malaikat tadi mendatangi orang yang dahulu botak dalam bentuknya seperti dahulu lalu berkata kepadanya seperti apa yang dikatakannya kepada orang yang berkulit belang, dan orang itu menjawabnya seperti jawaban orang yang belang tadi. Maka malaikat berkata: Jika kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti dahulu lagi. Kemudian sesudah itu malaikat mendatangi orang yang dahulu buta dalam bentuk dan cara seperti dahulu lalu berkata: Aku orang miskin yang mengembara dan telah terputus seluruh sumber rezeki dalam perjalananku, maka pada hari ini tidak ada lagi pengharapan, kecuali kepada Allah dan kamu. Demi Tuhan yang telah memulihkan penglihatanmu, aku minta seekot kambing untuk membantuku dalam perjalanan. Orang itu berkata: Dahulu aku buta, lalu Allah memulihkan penglihatanku, maka ambillah apa yang kamu inginkan dan tinggalkanlah apa yang tidak kamu inginkan. Demi Allah aku tidak akan membebani kamu untuk mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil untuk Allah. Maka malaikat berkata: Peganglah hartamu itu semua, kerana kamu sekalian hanya sekadar diuji, kamu telah diredhai Tuhan, sedangkan kedua sahabatmu telah dimurkai Allah. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Sejak berpindah ke Madinah, keluarga Muhammad tidak pernah merasa kenyang karena makan gandum selama tiga malam berturut-turut sampai beliau wafat. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Kami, keluarga Muhammad sering hidup selama satu bulan tidak menyalakan api (memasak), karena makananannya hanya kurma dan air. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Ketika Rasulullah wafat, di lemariku tidak ada sesuatu yang dapat dimakan manusia, kecuali setengah roti gandum yang berada dalam sebuah lemari milikku lalu aku memakan sebagian untuk beberapa lama, kemudian aku timbang ternyata telah habis. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Rasulullah wafat ketika orang-orang sudah kenyang memakan kurma dan air. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya. Dalam riwayat Ibnu Abbad: Demi Tuhan yang jiwa Abu Hurairah berada dalam genggaman-Nya, belum pernah Rasulullah membuat keluarganya kenyang selama tiga hari berturut-turut dengan roti gandum sampai beliau wafat. (Shahih Muslim)


1. Janganlah memasuki daerah kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, kecuali dengan menangis
  • Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda kepada Ashabul Hijr: Janganlah kamu sekalian memasuki daerah kaum yang telah disiksa, kecuali jika kamu sekalian menangis. Kalau kamu tidak menangis, janganlah memasuki daerah mereka agar kalian tidak tertimpa apa yang menimpa mereka. (Shahih Muslim)
2. Berbuat baik kepada janda, orang miskin dan anak yatim
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Dari Nabi saw. beliau bersabda: Orang yang membiayai para janda dan orang miskin itu bagaikan seorang pejuang di jalan Allah. Aku mengira beliau menambahkan: Dan bagaikan orang yang selalu menjalankan solat malam tanpa henti atau bagaikan orang yang selalu berpuasa tanpa berbuka. (Shahih Muslim)
3. Orang yang menyekutukan Allah dalam amalnya (riak)
  • Hadis riwayat Jundub Al-Alaqiy ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa mencari mashyur dengan amal perbuatannya, maka Allah akan menyiarkan aibnya dan barang siapa yang riak dengan amalnya, maka Allah akan menampakkan riaknya. (Shahih Muslim)
4. Berucap satu kata buruk akan jatuh ke dalam neraka
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sungguh ada seorang hamba yang mengucapkan satu kata (buruk) sehingga ia terjerumus ke dalam neraka lebih dalam dari jarak antara timur dan barat. (Shahih Muslim)
5. Siksaan orang yang memerintahkan kebaikan, tetapi ia tidak mengerjakannya dan melarang berbuat kemungkaran, tetapi ia mengerjakannya
  • Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., ia berkata:
    Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat nanti seorang lelaki dilemparkan ke dalam neraka, lalu seluruh isi perutnya keluar, kemudian ia berputar membawa isi perutnya itu seperti seekor keledai memutari penggilingan. Lalu penghuni neraka mengerumuninya dan bertanya: Hai Fulan, kanapa kamu disiksa seperti ini, bukankah kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Ia jawab: Benar, aku dahulu menyeru kepada kebaikan, tetapi aku tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran namun aku tetap menjalankannya. (Shahih Muslim)
6. Larangan membuka aib sendiri
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. (Shahih Muslim)
7. Mendoakan orang yang bersin dan makruh menguap
  • Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
    Dua orang bersin di dekat Rasulullah saw., beliau mendoakan salah seorangnya dan membiarkan yang lain. Orang yang tidak didoakan itu berkata: Si Fulan bersin kemudian engkau mendoakannya, tetapi aku bersin, engkau tidak mendoakanku. Beliau bersabda: Orang ini memuji Allah tetapi kamu tidak memuji Allah. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Menguap itu termasuk dari (gangguan) setan, maka jika seorang dari kamu menguap, hendaklah ia menahan semampunya. (Shahih Muslim)
8. Tentang tikus jelmaan
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Satu kaum dari Bani Israel telah hilang-lenyap tanpa diketahui sebab apa yang telah dikerjakan dan tidak terlihat, kecuali (dalam bentuk) tikus. Tidakkah kamu lihat, jika (tikus tiu) diberi susu unta, ia tidak meminumnya, tetapi jika diberi susu kambing ia meminumnya. (Shahih Muslim)
9. Orang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama. (Shahih Muslim)
10. Larangan memuji secara berlebihan dan dikhuatirkan dapat menimbulkan akibat buruk bagi yang dipuji
  • Hadis riwayat Abu Bakrah ra., ia berkata:
    Seorang lelaki memuji orang lain di hadapan Nabi saw. maka beliau bersabda: Celaka kamu! Kamu telah memenggal leher temanmu, kamu telah memenggal leher temanmu! Beliau mengucapkannya berulang-ulang. Apabila seorang di antara kamu terpaksa harus memuji temannya, hendaklah ia berkata: Aku mengetahui kebaikan si Fulan namun Allah lebih mengetahui keadaannya, dan aku tidak memberikan kesaksian kepada siapa pun yang aku ketahui di hadapan Allah karena Allah lebih mengetahui keadaannya yang sebenarnya. (Shahih Muslim)

  • Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata:
    Nabi saw. mendengar seorang memuji orang lain secara berlebih-lebihan, maka beliau bersabda: Sungguh kamu telah membinasakannya atau telah memotong punggung orang itu. (Shahih Muslim)
11. Tentang sikap berhati-hati dalam menerima hadis dan hukum mencatat ilmu
  • Hadis riwayat Aisyah ra.:
    Dari Urwah ia berkata: Abu Hurairah ra. pernah meriwayatkan suatu hadis dengan berkata: Wahai pemilik kamar, dengarkanlah! Wahai pemilik kamar, dengarkanlah! Ketika itu Aisyah sedang salat lalu setelah menyelesaikan salatnya, ia berkata kepada Urwah: Apakah kamu tidak mendengar ucapan orang ini tadi? Karena sesungguhnya Nabi saw. jika mengucapkan suatu hadis, jika ada yang menghitungnya, maka ia pasti dapat menghitungnya. (Shahih Muslim)


Selasa, 26 Mac 2013

SUDUTAN SKRIP: POTRET CINTA

Sudutan beberapa babak di dalam "POTRET CINTA":
Sila klik lagu Dondang Sayang Instrumental di bawah ini dahulu ya..

 
BABAK 8:

GERAI MAKAN

SIANG YANG SAMA

[WATAK: HARIS TAMBAHAN: KAK SOM]



HARIS SEDANG MAKAN TENGAHARI BERSEORANGAN. KAK SOM KELUAR DARI DAPUR.



015 KAK SOM

Banyak lukisan hari ini Haris?



016 HARIS

Hari ini belum ada lagi Kak Som.. Lukisan semalam adalah 3 lukisan mereka sudah datang ambil tadi.



017 KAK SOM

Alhamdulillah.. Ada juga rezki kamu hari ini. Semalam pun kamu dapat jual 3 juga kan? Simpan-simpan duit tu Haris. Tidak rugi menabung ni.



018 HARIS

[BERGURAU] Insyaallah.. Saya memang banyak buat koleksi tabung Kak Som..



019 KAK SOM

[MARAH. DIA TEPUK BAHU HARIS] Kak Som bukan suruh kamu simpan tabung.. Menabung.. Simpan duit..



020 HARIS

[SENYUM KAMBING] Saya tahu.. Banyak tabung banyak la simpannya nanti..



021 KAK SOM

Penat Kak Som melayan kamu ni.. Tak pernah serius..



KAK SOM MASUK SEMULA KE DAPUR. HARIS KETAWA KECIL MENERUSKAN MAKANNYA.



-CUT TO-



BABAK9:
A FAMOSA
SIANG YANG SAMA
[WATAK: HARIS TAMBAHAN: DATO’ MALIK]

HARIS SEDANG LEKA MELUKIS POTRET SEORANG GADIS. DATO’ MALIK YANG BERBAJU BATIK MENGHAMPIRI DARI BELAKANG.

022 DATO’ MALIK
Assalammualaikum..

HARIS BERPALING MENGHADAP DATO’ MALIK.

023 HARIS
Wa’alaikum salam.. Eh.. Dato’ buat apa di sini?

024 DATO’ MALIK
Alah Haris macam tak biasa.. Tak payah nak berdato’-dato’ panggil macam biasa sudah la..

HARIS TERSENYUM.

025 HARIS
Pak cik dari mana? Memang datang cari saya kah?

026 DATO’ MALIK
Pak cik nak adakah parti sambut ‘Birthday’ anak pakcik yang bongsu.. Amira..

027 HARIS
Berapa umur Amira? Kenapa cari saya?

028 DATO’ MALIK
Sambut birthday ke 9 tahun dia. Pakcik nak jemput kamu buat kurator dekat parti tu nanti. Lukis potret ala kartun itu lah.. [KELUARKAN DUIT DARI KOCEK RM300] Ini 300 ringgit tanda jadi. Pakcik bayar 600 ringgit boleh? Tak lama dalam 2-3 jam sahaja.

HARIS SERBA SALAH. BERFIKIR SEJENAK.

029 HARIS
Saya bukan tak mahu tapi pakcik bukan tak tahu saya hanya lukis gambar "awek" sahaja.. [TERSENGIH]

030 DATO’ MALIK
Alah pak cik tahu.. Kamu lukis gambar untuk budak-budak sahaja. Yang tua-tua tu kamu jangan layan.. Boleh ya? Kamu lukis dalam 10 gambar cukup lah.. lebih dari itu kamu minta la bayaran..

031 HARIS
Tak eloklah begitu.. Pakcik dah bayar takan saya nak minta bayaran lagi..

032 DATO’ MALIK
Beginilah... Jangan tak jadi [MENYELUK LAGI SAKUNYA MENGELUARKAN LAGI RM300] Ini 600 ringgit pakcik bayar habis. Kamu lukis selama 2 jam sahaja cukup masa kamu boleh berhenti melukis, kamu join pakcik makan-makan. Boleh ya..

HARIS SUDAH TIDAK DAPAT MENGELAK LAGI. DIA MENERIMA DUIT ITU NAMUN MEMULANGKAN RM 100 KEPADA DATO’ MALIK.

033 HARIS
Baiklah pakcik tapi saya terima 500 ringgit cukup lah..

034 DATO’ MALIK
Wahh ada diskaun! Terima kasih.. Jangan lupa lusa petang ya. Jam 5.00. Pak cik pergi dulu.

MEREKA BERSALAMAN.

035 HARIS
Terima kasih pakcik.. Assalammua’laikum..

036 DATO’ MALIK
Wa’alaikum salam...

DATO’ MALIK BERLALU PERGI. HARIS TERSENYUM GEMBIRA. DIA MENCIUM DUIT ITU SEBELUM MELOMPAT GEMBIRA.

-CUT TO-



BABAK 18
RUMAH MAK
SIANG
[WATAK: HARIS / TIMAH]

HARIS MASUK KE DALAM RUMAH.

095 HARIS
Assalammua’laikum... Makk..!

TIADA JAWAPAN. HARIS MENCARI-CARI. DIA JENGUK KE DALAM BILIK MAKNYA. DIA NAMPAK TIMAH SEDANG DUDUK MENANGIS.

096 HARIS
Makk.. Kenapa ni mak? Kenapa menangis macam ni?

HARIS SEDIH MELIHAT KEADAAN TIMAH. DIA MENGHAMPIRI TIMAH DAN CUBA MEMUJUKNYA YANG MASIH MENANGIS..

097 HARIS
Kenapa ni mak..? Cuba bagi tahu baby mak ni.. Baby sedih la tengok mak menangis macam ni..

098 TIMAH
[TERSEDU-SEDU] Mak tak sampai hati nak cakap pada kamu..

HARIS TERDIAM DAN TUNDUK. DIA JUGA SEDIH. AIR MATA MENGALIR. NAMUN DIA MENGAWAL SEDIHNYA.

099 HARIS
Janganlah mak sedih-sedih.. Mak tak payah bagi tahu Haris pun Haris sudah tahu.. Mona ada telefon Haris.

PERLAHAN TIMAH MENGHULURKAN BEKAS CINCIN KEPADA HARIS. CINCIN TUNANG YANG DI PULANGKAN. DIA MASIH JUGA MENANGIS.

100 HARIS
Haris redha dengan ketentuan Allah.. Pasti ada hikmahnya.. Lagi pun Haris masih muda lagi.. Banyak lagi perkara yang Haris nak buat.. Mak jangan sedih-sedih ya..

TIMAH MENGANGGUKKAN KEPALA. DIA CUBA TENANGKAN HATINYA. HARIS MENCIUM TANGAN TIMAH. TANGISAN TIMAH SEMAKIN REDA.

101 TIMAH
Kamu sambut cabaran ini Haris. Jadikan sebagai peransang supaya kamu lebih bekerja keras lagi. Buktikan pada diri kamu sendiri yang kamu boleh berjaya. Mak tidak mahu orang menghina kamu..

102 HARIS
Insyaallah mak.. Haris ingat pesan mak.. Mak senyum la sikit..

TIMAH SENYUM.

103 HARIS
Haa... Macam tu lah.. Mak tak kesian kah tengok baby mak ni lapar.. Nangis bukan boleh kenyang..

104 TIMAH
Ohh.. Ya ke? Ala sian baby mak ni.. Jom kita makan..

-CUT TO-