Cari Blog Ini

Jumaat, 9 November 2012

MENGHAYATI RUKUN NEGARA MALAYSIA


PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yangmempunyai rakyat pelbagai kaum, agama kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan samada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara; terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Akibat daripada peristiwa tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan unfuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan.


SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari negara China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar.

Di bawah dasar pecah dan perintah kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tig a-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurik:ulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada tahun 1956 iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor (I960), di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967). Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius hanya dimulakan oleh pihak kerajaan setelah berlaku satu rusuhan kaum yang serius iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.

Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

Anggota-anggota Majlis Perundingan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail bin Dato'Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Ke-Empat pada 3l Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-I3 kemerdekaan negara.

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan.

Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat, seterusnya melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.



OBJEKTIF
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

1. BAHAGIAN PERTAMA

Menggariskan Objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan;
  • Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatrya menganggap diri mereka sebagai ralcy at Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-ba gai-bagai persoalan yang wujud.

Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik

Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun, hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.

Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah di dahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

Mencipta Satu Masyarakan Yang Adil

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama unfuk menilcnati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

Membentuk Satu Sikap Yang Liberal

Masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara.

Membina Sebuah Masyarakat Progresif

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Namun, kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.




PRINSIP

2. BAHAGIAN KEDUA

Menggariskan 5 (lima) Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

  • Kepercayaan Kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhun

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang teguh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah Agama Rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajuan agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raia dan Negara

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yangmemerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh medadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.

Sebarang silkap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang perundangan yang tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan ini telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi ralryat di negam ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi

dalam prinsip ini ialah berkaitan kedudukan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam
sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di
Semenanjurg dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi
kaum bukan bumiputera juga diberikan, seperti
pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia
kepada mereka seperti mana yang termaktub di
dalam Perlembagaan. Walaupun bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Kestabilan negara akan tergugat jika rakyat tidak menerima keluhuran Perlembagaan. Lebih mendukacitakan lagi jika ada sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritiknya tanpa mengetahui asas penggubalannya. Menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan adalah tanggungjawab kepada setiap warga Malaysia.

KedauIautan Undang-Undang

Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan. Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaiman a yang dij amin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harrnoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negara ini.

Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusil a adalah asas didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah fregara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam samada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan