Cari Blog Ini

Selasa, 18 Jun 2013

BAYANGAN

Hidup di dalam bayangan bukan bermakna dgn kehendak dan memilih kehidupan di dalam bayangan.. Betapa jerih apabila dihidupkan umpama di awang-awang dgn tidak mudah menuju kepada sesuatu penzahiran.. Bukan pilihan untuk duduk di dalam bayangan sedangkan jiwa dan hati berusaha utk memilih menzahirkan kehidupan.. Sukar digambarkan dan dinyatakan kepada sesama kerana tiada kaedah bagi menyatakannya.. Terjadilah bayangan2 yang menimbulkan sejuta persoalan dan tanda tanya malah setiap detik semakin hampir serta tidak dapat lari darinya.. 

Akal memilih untuk berfikir dan bertanya namun ilmu utk menyatakan perkara itu amat terhad walau ada amat berbeza dari apa yang dilalui.. Separuh lagi akal telah meletakkan keadaan menyatakan bahawa kehidupan yg dilalui adalah kehidupan sama seperti mereka yang kurang akalnya.. Kewarasan bukan lagi persoalan kerana waras itu adalah satu perletakan atau penentuan hasil daripada kajian kekerapan berlaku di antara kalangan yang ramai. Terjadinya perbezaan di dalam sesuatu pola pemikiran apabila kewarasan akal bersangkut dengan ilmu yang di percayai oleh majoriti. 

Sebagai contoh apabila majoriti memilih jawapan 1+1=2 maka bagi yang menjawap ianya selain dari 2 itu merupakan perbezaan kewarasan dan perbezaan ilmu. Tidak mengira pandangan sendiri melainkan terikat dengan penzahiran akal majoriti. Sedangkan segala sesuatu alam kepada setiap makhluk itu adalah berbeza-beza menurut ketentuan Yang Maha Mencipta. 

Persoalannya apakah kewarasan itu dari konteks individu? dan persoalan kedua apakah benar orang yang dikategorikan tidak waras itu benar-benar tidak waras atau mereka hidup diluar pola kebiasaan orang lain? Begitu jugalah halnya di dalam kehidupan di dalam bayangan..

Teramat sukar apabila cuba untuk menzahirkan bayangan tersebut sedangkan kepada majoriti ianya bukanlah perkara yang sukar.. Apakah keadaannya yang meletakkan bayangan itu lebih lebar layarnya daripada penzahiran itu sendiri?

Fenomena demi fenomena dari setiap waktu dan ketika seakan-akan menutup setiap pemikiran akal melalui ilmu demi menjaga kewarasan kerana kita tetap berada di antara alam majoriti dan kewarasan. Kehendak dan kemahuan menjadi kekangan yang lebih hebat untuk akal memproses keadaan jasmani dan pola kehidupan yang bersangkutan majoriti.. 

Apakah ini perkara biasa berlaku? Berapa ramaikah yang melalui / berpengalaman menjalani kehidupan begini? Persoalan demi persoalan apakah bayangan itu sebenarnya dan apakah zahir itu sebenarnya..? 

~rizuan ahmad~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan