Cari Blog Ini

Sabtu, 22 Jun 2013

1:200

Pengalaman saya untuk mencapai 10% kejayaan perlu melalui 60% perancangan dan 140% usaha. Ini menjadikan peratus kejayaan itu hanya 5% berbanding 10% permerhatian awal. Bermakna utk mencapai 100% kejayaan; perancangan dan usaha bagi saya; perlu mencapai 2000% dari kebiasaan 100% pada rasio 1:200. Memerlukan 200 kali ganda masa, tenaga dan fikiran. Ratio ini berlaku sejak tahun 2000. Sebagai contoh usaha untuk saya mendirikan rumah tangga sejak tahun 2002 hingga 2008 alhamdulillah terlaksana dan perlu melalui tambahan 12 tahun bagi peringkat keselesaan. Kebarangkalian ini tercatat dan berlaku di dalam segala hal. Tidak ada dlm lipatan kehidupan saya proses merancang utk sesuatu yg akan dtg melainkan wajib melalui apa yg telah ditentukan krn perancangan di atas perkara yg tidak ditentukan akan membawa kegagalan dan memerlukan satu jangkasama yang panjang pada kadar rasio 1:200 utk permulaan yang baru.. Begitu juga halnya di dalam sebarang urusan yang lainnya jika sesuatu urusan itu biasanya berlaku di dalam 1 hari pada kebiasaan saya perlu menyediakan diri bahawa bagi saya ia akan selesai di dalam 200 hari..

Ini bermakna utk melaksanakan sesuatu urusan di dalam tempoh yang tertentu usaha perlu digandakan dgn 200x dari kebiasaan bergantung kepada masa, usaha dan fikiran..  sebagai contoh menerima sesuatu tugasan yang perlu di selesaikan di dalam tempoh 20 hari saya perlu memberi tumpuan masa, tenaga dan fikiran sebanyak 2000x kali ganda dari usaha biasa.. bermakna sekiranya terdapat 20 senarai kerja yang perlu dibuat saya perlu selesaikan senarai itu tidak lebih dari 2 minit utk setiap tugasan.. sekiranya gagal kebarangkalian gagal pada usaha itu akan meningkat kepada kadar 110%.. akhirnya usaha akan tergendala.

Ini juga bermaksud utk berjaya di dalam usaha yg berkumpulan saya perlu memastikan saya berada di antara kumpulan yang dapat memberi paling tidak 160% kerjasama terhadap usaha-usaha tertentu.. jika tidak saya terpaksa melalukannya sendiri demi memastikan usaha itu berjaya krn begitulah kadar pada saya yang telah ditetapkan..

Pengalaman bagi yang pernah bekerjasama dgn saya akan merasa tidak selesa dgn kehadiran saya kerana mrk berpendapat bhw saya terlalu agresif atau ada yg beranggapan bahawa saya menunjuk2.. keadaan sebenar bukanlah begitu adanya.. Saya tahu akan keadaan saya jadi utk memastikan saya mencapai kadar sekata dgn org lain saya perlu melakukan 200 kali ganda berbanding yg lainnya.. jika tidak, akan banyak berlaku kekurangan di atas tugasan2 saya berbanding yg lain.. dan akhirnya saya akan menjadi punca kegagalan usaha tersebut..

Sebagai contoh jika membuat sesuatu yg berbentuk kerja menaip.. saya perlu membaca hasil kerja saya berulang-ulang kali paling tidak 20 kali pemeriksaan jika tidak pasti akan ada kesilapan di dalam usaha tersebut.. Ini bermakna sekiranya saya menaip sepucuk surat bagi tempoh perlu disiapkan di alam 5 minit saya perlu pastikan surat itu siap ditaip tidak lebih dari 3 minit kerana tambah 120 saat iaitu 2 minit utk saya membaca semula surat tersebut bersamaan 6 saat setiap kali bacaan membawa kepada 20 kali bacaan..

Wallahuwaqlam

~rizuan.ahmad~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan