Cari Blog Ini

Rabu, 20 April 2011

Dipetik dari Sulatus Salitin

[Membunuh Ular Sakti Mona]
Alkisah maka tersebutlah Sang Si Perba kerajaan di Minangkabau itu; pada suatu hari berhimpun segala Orang Besar-besar dan orang tua-tua, yang memegang anak negeri kepada Patih Suatang. Maka kata mereka itu, "Adapun raja kita ini dikatakan anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, pancar Sulaiman 'alaihi s-salam; mari kita cuba dahulu jikalau dapat baginda membunuh ular 'Sakti Mona' yang membinasakan perhumaan kita itu. Jika dapat bagindamembunuh dia, kararlah baginda kita pertuan, dan jika tiada dapat, baiklah tuan hamba juga jadi raja kami." Maka Patih Suatang pun pergilah mengadap Sang Si Perba bersama-sama dengan sekalian mereka itu. Maka sembah Patih Suatang, "Terlalulah bahagia kami sekalian merajakan tuanku di tanah Minangkabau ini; tetapi tuanku, ada seekor ular besar membinasakan perhumaan kami itu. Jikalau ada derma kumia tuanku, kami minta bunuhkan ular itu, kerana kami tiada dapat membunuh dia; berapa 'pun kami tetak dan kami tikam, tiada juga ia luka, jangankan matinya. Itulah kami minta bunuhkan kepada tuanku." Maka titah Sang Si Perba, "Baiklah, kamu tunjukkanlah aku tempatnya." Maka dibawa oranglah baginda kepada tempat ular itu.

Maka ada seorang hulubalang baginda, Permasku Mambang namanya, maka ia dititahkan oleh Sang Si Perba membunuh ular itu. Maka curik Si Mandang Kini itu dikumiakan baginda kepadanya. Maka titah baginda, "Pergilah engkau bunuh ular itu dengan curikku ini, matilah olehnya." Maka ia pun pergilah bersama-sama mereka itu kepada temp at ular itu, Setelah ular itu mencium bau manusia, maka ular itu pun keluarlah hingga kepalanya dari dalam rongganya. Dilihatnya ular Sakti Mona itu berlingkar seperti busut yang besar rupanya. Setelah ular itu melihat Permasku Mambang, ia pun menggerakkan dirinya, maka diparang oleh Permasku Mambang, penggal tiga lalu mati. Maka Permasku Mambang pun kembalilah bersama-sama dengan sekalian mereka itu, mcngadap Sang Si Perba, persembahkan ular itu sudah mati, tetapi curik Si Mandang Kini sumbing seratus sembilan puluh. Maka Sang Si Perba pun terlalu sukacita, beberapa puji baginda akan Permasku Mambang serta dianugerahi baginda persalinan dengan sepertinya. Maka kerajaanlah baginda dalam Minangkabau, kararlah dengan Seritosa datang kepada anak cucu baginda,

Sebermula maka tersebutlah perkataan Tajitram Syah rosak di Laut Selbu, terdarupar ke pantai dengan beberapa orang lasykar baginda. Hatta sampai kepada sebuah kuala sungai bernama Belambang Majut, dahulunya sebuah negeri; Belambang Majutlah nama negeri itu, rajanya bernama Demang Kebayunan; dan ada anaknya seorang perempuan, terlalu baik rupanya bernama Raden Suwata Caratu, pancar Demang Lebar Daun juga. Pada masa itu Demang Kebayunan hilir bermain ke kuala dengan segala hulubalang, berjalan di pasir. Maka Demang Kebayunan pun bertemulah dengan Tajitram Syah duduk di bawah pohon ru, dihadap oleh lasykamya.

Maka tanya Demang Kebayunan, "Dari mana tuan Hamba datang yang serupa ini? Apa sebabnya maka duduk di sini?" Maka sahut Tajitram Syah, "Adalah Hamba ini orang rosak, kena taufan!" Maka diceriterakannyalah daripada mulanya sampai ia rosak itu, habis diceriterakannya. Setelah Demang Kabayunan mendengar baginda itu anak raja besar, maka dibawanya kembali ke negerinya, didudukkan dengan anaknya yang bernama Raden Seridari itu. Maka beranaklah ia empat orang, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang Ratna Dewi namanya, dan yang seorang lagi namanya Seri Dewi; yang lelaki itu yang seorang bernama Maniaka, dan seorang Nila Kama.

Syahadan tatkala telah termasyhurlah raja turun ke Bukit Si Guntang itu daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, maka kata sahibul hikayat, datanglah suruhan raja China meminang. Maka didengamya Tajitram Syah itulah raja benua Keling, daripada anak cucu Iskandar Zul-Karnain ada di negeri Belambang Majut. Maka suruhan raja China itu pun. datanglah ke negeri itu meminang. Maka oleh Tajitram Syah diberikannya anakanda baginda yang bernama Seri Dewi itu, kerana ia yang tua,. ke benua China; dan seorang dipinang raja benua Jawa, Ratu Majapahit, diberikan baginda anakanda baginda yang bernama Ratna Dewi itu. Maka titah baginda "Berhubunglah benua China dan benua Jawa dengan benua Keling."

Hatta, maka terdengarlah ke benua Keling Tajitram Syah rosak, ada duduk di dalam tanah Andalas, sebelah Laut Selbu; maka segala menteri baginda dalam Canda Kani datanglah beberapa puluh buah kapal menjemput baginda. Adalah kata yang empunya ceritera, maka Tajitram Syahpun kembali membawa anakanda baginda kedua ke benua Keling. Demikianlah dalam hikayat, perkataannya yang sempuma. Maka adapun negeri Belambang Majut itu sekarang dinamai orang Bangkahulu, dahulukala negeri besar adanya.

Kisah Iskandar Zulkarnain dari petikan Sulatus Salitin

[Penaklukan Iskandar Zul-Karnain]

A'lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya; sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi'at, negeri Hindi. Maka ada seorang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, seTerigah negeri Hindi itu dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghlmpunkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya, maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar; maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda denganhidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruhlah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahlm Khalilu 'llah 'alaihi s-salam. Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya; maka dititihkan oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya.

Maka adapun akan Raja Kida Hindi itu ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan amat bijaksananya dan sempuma budinya; Puteri Syahrul-Bariyah namanya. Maka Raja Kida Hindi pun memanggil Perdana Menteri pada tempat yang sunyi, maka titah Raja Kida Hindi kepada Perdana Menteri, "Ketahui olehmu, bahawa aku memanggil engkau ini, aku hendak bertanyakan bicara kepadamu; bahawa anakku yang tiada ada taranya seorang pun anak raja-raja pada zaman ini, itulah hendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar; apa nasihatmu akan daku?" Maka sembah Perdana Menteri, "Sahaja sebenamyalah pekerjaan yang seperti titah tuan Hamba itu." Maka sabda Raja Kida Hindi pada Perdana Menteri, "Insya-Allah Taala, esok hari pergilah tuan Hamba kepada Nabi Khidir, katakanlah oleh tuan Hamba segala perihal ini."
Maka esok harinya, pergilah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir. Setelah sudah Perdana Menteri itu pergi, maka disuruh Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas segala dirHarunya, dan atas segala panji-panjinya. Adapun setelah Menteri itu sampai kepada Nabi Khidir maka ia pun memberi salam, maka disahut oleh Nabi Khidir salam Menteri itu, lalu disuruhnya duduk. Arakian maka berkatalah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir alaihi s-salam, "Ketahui oleh tuan Hamba, ya nabi Allah, bahawa raja Hamba terlalu amat kasihnya akan Raja Iskandar, tiada dapat Hamba sifatkan; dan ada ia beranak seorang perempuan, tak dapatlah dikatakan, tiada ada bagainya anak raja-raja dalam alam ini dari masyrik lalu ke maghrib pada rupanya dan budi pekertinya, tiada ada taranya pada masa ini. Adalah raja Hamba akan hendak dipersembahkan dia akan isteri Raja Iskandar."

Kata sahibul-hikayat, maka pada ketika itu juga pergilah Nabi Khidir kepada Raja Iskandar, maka diceriterakannyalah perihal itu. Maka kabullah pada Raja Iskandar. Kemudian daripada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya. Maka adalah pada ketika itu Raja Kida Hindi pun ada mengadap Raja Iskandar, duduk di atas kerusi yang berpermata. Maka ada seketika duduk itu, maka Nabi Khidir alaihi s-salam bangkit berdiri serta menyebut nama, Allah subha nahu wa taala, dan mengucap selamat akan Nabi Ibrahlm Khalilu 'llah dan segala nabi yang dahulu-dahulu; syahadan makamembaca khutbah nikah akan Raja Iskandar, dan diisyaratkannya perkataan itu kepada Raja Kida Hindi. Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina. Adapun sekarang, bahawa tuan Hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan Hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berpu tusan kiranya hingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

[Perkahwinan Puteri Syahrul-Bariyah]

Kata sahibil-hikayat, tatkala didengarlah oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka ia pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah, seraya ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata ia: "Bahawa ketahui oleh tuanku, ya nabi Allah, dan segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa Hamba ini dengan sesungguhnya Hamba kepada Raja Iskandar, dan anak Hamba sekalian pun Hambajuga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua orang itu. Ketahui olehmu hei segala tuan-tuan sekalian yang ada ini, bahawa Nabi Khidir akan wali hamba dan wali anak hamba yang bernama Tuan Puteri Syahrul-Bariyah itu." Apabila didengar oleh Nabir Khidir kata Raja Kida Hindi demikian itu, maka berpalinglah ia mengadap kepada Raja Iskandar, dan berkata ia kepada Raja Iskandar, "Bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar. Adapun isi kahwinnya tiga ratus ribu dinar emas, redakah tuan Hamba?" Maka sahu t Raja Iskandar, "Redalah Hamba."

Maka dikahwinkan Nabi Khidirlah anak Raja Kida Hindi dengan Raja Iskandar atas syariat Nabi Ibrahlm Khalilu 'llah, di hadapan segala mereka yang tersebut itu. Maka bangkit berdirilah segala raja-raja dan segala Orang Besar-besar dan ' para menteri dan hulubalang dan segala pendita dan ulama dan segala hukama menabur akan emas dan perak ,Jan permata ratna mutu manikam kepada kaki Raja Iskandar, hingga t'ertimbunlah segala emas dan perak dan ratna mutu manikam itu di hadapan Raja Iskandar, seperti busu t dua tiga timbunannya. Maka sekalian harta itu disedekahkan pada segala fakir dan miskin.

Setelah hari malam, maka datanglah Raja Kida Hindi membawa anaknya kepada Raja Iskandar dengan barang kuasanya, dengan pelbagai permata yang ditinggalkan oleh datuk neneknya; sekaliannya itu dikenakannya akan pakaian anaknya. Maka pada malam itu naik mempelailah Raja Iskandar. Syahadan. maka hairanlah hati Raja Iskandar melihat rupa Puteri Syahrul-Bariyah itu, tiadalah tersifatkan lagi, dan pada keesokan harinya maka dipersalin Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah itu dengan selengkap pakaian kerajaan, tiada terperi lagi banyaknya; dan Raja Iskandar pun menganugerahi pula persalin akan segala raja-raja daripada pakaian yang mulia-mulia, sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam, tiga buah perbendaharaan yang terbuka. Maka Raja Kida Hindi pun dianugerahi persalin, dan dianugerahi seratus cembul emas berisi permata, dan ratna mutu manikam dan harta benda yang mulia-mulia, sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam, dan dianugerahi seratus ekor kuda yang hadir dengan segala alatnya daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam; maka hairanlah hati segala yang memandang dia.

Kemudian dari itu maka berhentilah Raja Iskandar di kenaikan sepuluh hari, setelah datang kepada sebelas harinya, maka berangkatlah Raja Iskandar seperti adat dahulukala, dan tuan puteri anak Raja Kida Hindi pun dibawa baginda; maka baginda pun berjalanlah, lalu ke matahari hidup, seperti yang tersebut dalam hikayatnya yang masyhur itu. Hatta berapa lamanya, telah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Kida Hindi. Maka Raja Kida Hindi pun keluarlah mengadap Raja Iskandar dengan segala persembahannya, daripada khatifah yang mulia-mulia, dan daripada harta benda yang ajaib-ajaib. Maka Raja Kida Hindi pun berdatang sembah pada Raja Iskandar akan peri dendamnya dan berahinya akan tapak hadrat Raja Iskandar, tiada dapat kita katakan lagi. Syahadan peri rindu . dendamnya akan anaknya Tuan Puteri Syahrul-Bariyah dan dipohonkannyalah anaknya ke bawali duli Raja Iskandar.

Arakian maka dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali pada ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri Syahrul-Bariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi harta dar ipada emas dan perak, dan ratna mutu manikam, dan daripada permata dan harta benda yang indah-indah, tiada terhisabkan banyaknya lagi, Maka Raja Kida Hindi pun menjunjung duli Raja Iskandar, maka dipersalin baginda pula seratus kali daripada pakaian baginda Sendiri.

Setelah itu maka dipalu oranglah gendang berangkat dan ditiup oranglah nafiri alamat Raja Iskandar berangkat. Maka baginda pun berangkatlah dari istana, seperti ad at dahulukala, kasadnya hendak menaklukkan segala raja-raja yang belum takluk kepadanya, seperti yang termazkur itu. Wallahu a'lamu bis-satuab wa ilaihil-marji'u uial-ma'ab..

[Zuriat Iskandar ZuI-Karnain]

Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, bahawa Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi, telah Hamillah ia dengan Raja Iskandar;' tetapi Raja Iskandar tiada tahu akan isterinya HaruiI itu, dan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun tiada tahu akan dirinya bunting itu. Tatkala Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, maka baharulah ia tahu akan dirinya bunting itu; dirasanya dirinya tiada haid. Maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun memberi tahu kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, katany a, "Ketahuilah ayahanda, bahawa Hamba ini dua bulanlah sekarang tiada haid. Setelah Raja Kida Hindi mendengar kata anaknya itu, maka Raja Kida Hindi pun terlalu sukacita oleh anaknya itu bunting dengan Raja Iskandar; maka dipelihara'kannya dengan sepertinya. Setelah genaplah bulannya, maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun beranaklah seorang lelaki, Maka oleh Raja Kida Hindi akan cunda itu pundinamai Aristun Syah uialadul-malihul-mukarram, terlalu sangat dikasihi oleh Raja Kida Hindi.

Hatta berapa lamanya Raja Aristun Syah pun besarlah, terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka oleh Raja Kida Hindi dipinangkannya anak raja Turkistan. Maka Raja Aristun Syah. beranak seorang lelaki, maka dinamainya Raja Aftus. Setelah empat puluh lima tahun lamanya Raja Iskandar kembali ke negeri Makaduniah, maka Raja Kida Hindi pun kembali ke rahmat Allah; maka cunda baginda, Raja Aristunlah kerajaan dalam negeri Hindi mengangkatkan kerajaan ninda baginda. Adalah umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun; maka Raja Aristun Syah pun berpindahlah dari negeri yang fana ke negeri yang baka. Maka anakanda baginda Raja Aftuslah naik kerajaan dalam "negeri Hindi; adalah umur baginda di atas kerajaan seratus dua puluh tahun, maka baginda pun hilang; maka Raja Aska'inat naik raja, umur baginda di atas kerajaan tiga tahun. Setelah sudah hilang maka Raja Kasdas namanya naik raja pula; adalah umur baginda di atas kerajaan dua belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Amtabus namanya naik raja pula di atas takhta kerajaan; adalah umur baginda di atas kerajaan tiga belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Zaman Yus namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Kharu Seka'inat namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tiga puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Arkhad Seka'inat namanya naik raja pula, adalah umur baginda di atas kerajaan sembilan tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Kudar Zakuhun, anak Raja Amtabus pula naik raja, adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Nabtayusar namanya naik raja; adalah umur baginda itu di atas kerajaan empat puluh tahun.

Maka Raja Ardis Mikan naik kerajaan; adalah baginda beristerikan anak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, maka beranaklah baginda dengan tuan puteri anak Raja Nusyirwan Adil seorang lelaki bernama Raja Darmanus. Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun-temurun sampailah kepada anak cucu baginda yang bernama Tersi Berderas naik raja. Akan baginda itu anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardis Mikan anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar ZulKarnain. Maka Tersi Berderas beristerikan anak Raja Sulan, raja di negeri Amdan Negara; kata seTerigah riwayat, Raja Sulan itu daripada anak cucu Raja Nusyirwan Adil, anak Kobat Syahriar, raja masyrik dan maghrib; melainkan Allah subha nahu wa taala juga yang mengetahuinya Tetapi akan Raja Sulan itu raja besar sekali, segala raja-raja Hindi dan Sindi, sekalian dalam tangannya, dan segala raja-raja yang di bawah angin ini sekaliannya takluk kepada baginda itu. Maka Raja Tersi Berderas beranak dengan puteri anak Raja Sulan itu tiga orang lelaki, Raja Hiran seorang namanya, ialah kerajaan di benua Hindi dan seorang namanya Raja Suran, diambil ninda baginda Raja Sulan; seorang lagi Raja Fandin namanya, ialah kerajaan di benua Turkistan.
..................................................................................................................
Surah Al-Kahfi [Ayat 84-98]
[84]
Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu,
[85]
maka dia pun menempuh suatu jalan.
[86]
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka".
[87]
Berkata Zulkarnain: "Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.
[88]
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami".
[89]
Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).
[90]
Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,
[91]
demikianlah. Dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.
[92]
Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi).
[93]
Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
[94]
Mereka berkata: "Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"
[95]
Zulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,
[96]
berilah aku potongan-potongan besi" Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu".
[97]
Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melobanginya.
[98]
Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".

..................................................................................................................

Jumaat, 11 Jun 2010

PERANAN ULAMA DALAM PERSILATAN

Assalammualaikum wbt,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam serta selawat dan salam buat junjungan kita Rasullullah Nabi Muhammad SAW..

Semoga artikel yang dipetik ini akan memberi manfaat kepada semua selain membuka lembaran baru kepada orang Melayu khususnya betapa seni warisan ini perlu dihidupkan kembali seperti sediakala agar terserlahlah keutuhan bangsa dan bekalan generasi penerus.

________________________________________________

Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya. Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.

Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.

Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fisabilillah.

Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fisabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah. Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanahair.

Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:
  • silat menggunakan qalam/pena,
  • silat kalam/lidah,
  • silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
  • silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.

Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam


Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.

Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.

Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab. Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu. "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.

"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).

Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.

Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam. Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.

Justeru fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.

Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).

Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.

Wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.

Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.

Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.

Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.


Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani

Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:
  • Faedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
  • Faedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
  • Faedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
  • Faedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.
Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.

Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).

Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:
  • Belajar secara fizik di gelanggang.
  • Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
  • Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.
Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.

Kesimpulan dan penutup.
Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:
Seni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
  • Ilmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
  • Ulama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fisabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
  • Ulama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak. Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.

Dunia Melayu menurut Sheikh Ahmad al-Fathani

Assalammualaikum wbt,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam serta selawat dan salam buat junjungan kita Rasullullah Nabi Muhammad SAW..


Amat menarik artikel ini sehingga saya tertarik untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat semua. Mudah-mudahan akan membawa kebaikan bersama serta menjadi maklumat berguna di dalam langkah hidup kita. Perjalanan hidup di dalam era dunia moden ini serba sedikit melekakan kita daripada menilai luahan ulama-ulama terdahulu dari kita. Mungkin tidak terlewat bagi saya meneliti serta menyelami penulisan-penulisan seumpama ini seterusnya merujuk kepada guru-guru yang sesuai.


Inilah khazanah yang sangat bernilai yang menjadi tali kekuatan ummah Melayu yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya ilmu itu wajib dicari agar teguh juga amalan syariat sehingga menjadi cara hidup yang selamat dunia dan akhirat.


Marilah kita bersama-sama membaca seterusnya bersama-sama menelaah bersama guru-guru kita agar tidak tersasar mahupun terpengaruh dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan manusia..


"aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam.."

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"



Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

HINGGA penghujung tahun 1880-an Masihi, belum dijumpai takrif tentang istilah Melayu dalam pelbagai aspek oleh putera dunia Melayu sendiri, kecuali hanya dibicarakan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam banyak tempat yang secara terpisah.

Sebelum membicarakan pelbagai aspek peradaban dunia Melayu, penulis petik kembali kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani yang beliau tulis dalam bahasa Arab dan pernah diterjemah dan dimuat dalam buku Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1. Petikan itu ialah:

"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.

"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani asli yang diterjemahkan di atas adalah dalam bahasa Arab dan ditempatkan pada bahagian tepi karya beliau berjudul Tashil Nail al-Amani. Kitab ini masih diajar di beberapa tempat di dunia Melayu, mahupun di tempat-tempat lain di dunia Islam terutama di Mesir.

Dengan kalimat yang pendek tetapi menyentuh pelbagai aspek tentang Melayu tersebut di atas, bererti Sheikh al-Fathani telah memperkenalkan peradaban dan ketamadunan Melayu di peringkat antarabangsa sejak tahun 1300 H/1882 M, iaitu tahun beliau selesai menulis kitab Tashil Nail al-Amani itu.

Perlu penulis sertakan penafsiran kalimat Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, dimulai dari kalimatnya, "...al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu).

Tidak terdapat tulisan lanjut pendapat Sheikh Ahmad al-Fathani yang menyebut apakah perkataan Melayu itu dari bahasa Arab atau pun bahasa lainnya. Kemungkinan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) yang disebut oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu adalah berasal dari perkataan Arab.

Dunia Melayu

Aspek geografi dan kesuburannya.

Sheikh Ahmad al-Fathani memastikan letak negeri Melayu dengan katanya, "Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina". Ini adalah gambaran bahawa letak dunia Melayu yang strategik kerana diapit oleh dua tanah besar dalam benua Asia, iaitu Cina dan India.

Ia diperjelaskan lagi dengan kalimat, "Pakar / ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa adalah alam Melayu itu sebahagian dari negeri-negeri India-Cina. Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan Jawah."

Menurut Sheikh Ahmad al-Fathani, "iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana" atau di dunia Melayu. Dari perkataan "Jawah" kemudiannya menjadi Jawi. Walaupun antara orang Melayu dengan orang Jawa adalah serumpun Melayu, namun pada pandangan Sheikh Ahmad al-Fathani orang Melayu tidak sama dengan Jawa.

Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat, "Orang-orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa." Sukar juga kita mencari sebab asal usul dunia Melayu dinamakan tanah Jawi oleh orang-orang Arab, terutama orang Arab Mekah. Kemungkinan juga berasal dari nama Pulau Jawa yang terletak dalam gugusan kepulauan Melayu.

Selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah", dalam Hadiqat al-Azhar. Ia adalah petikan Jaridah Al-Ma'lumat terbitan Betawi.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyebut beberapa buah pulau, katanya: "Adalah Kepulauan Nusantara, iaitu sejumlah pulau-pulau yang terdiri dari: Sumatera, Bangka, Belitung, Jawa, Madura, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Timor, Borneo / Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan banyak lagi".

Kalimat selanjutnya, kata Sheikh Ahmad al-Fathani, "Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia ..." yang dimaksudkan di sini ialah bahawa keseluruhan dunia Melayu mempunyai hasil yang banyak, baik hasil tanah daratan, hasil laut mahu pun yang terkandung dalam perut buminya yang demikian luas.

Dalam karyanya Thaiyib al-Ihsan fi Thib al-Insan, beliau berpendapat tentang kesuburan spesies tumbuh-tumbuhan untuk perubatan terdapat di bumi Melayu seperti yang beliau nyatakan pada kalimat, "Padahal kita jenis Melayu aula dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat-ubat itu pada bumi kita. Hingga adalah kebanyakan ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita. Dan kita terlebih aula pada merintahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita".

Aspek bahasa dan ciri-ciri bangsa Melayu.

Setelah memperkenalkan bangsa Melayu, letak dan kesuburannya, Sheikh Ahmad al-Fathani melanjutkan bahasan tentang bahasa. Katanya, "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu."

Pada konteks bahasa-bahasa serumpun Melayu dalam Hadiqat al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani menjelaskan, "Bahasa mereka bermacam-macam iaitu Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Bugis, Aceh, Bali, [dan bermacam-macam lagi]".

Walaupun di dunia Melayu terdapat berbagai-bagai bahasa, namun oleh sebab "Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan / mudah ...", maka bahasa Melayu adalah menjadi bahasa pengantar.

Sheikh Ahmad al-Fathani menyambung kalimatnya, "Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai/menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu".

Persyaratan sesuatu bangsa yang berperadaban atau bertamadun, tentang bangsa Melayu hingga tahun 1300 H/1882 M, Sheikh Ahmad al-Fathani berpendapat, "Sebahagian ciri-ciri khusus mereka itu ialah, bahawa seseorang tiada melihat di negeri mereka dan lainnya peminta-peminta secara paksa, walaupun keadaan mereka sendiri sangat miskin sekali pun".

Pandangan ini selain ditulis pada nota Tashil Nail al-Amani lebih lengkap ditulis pada nota karyanya Faridat al-Faraid yang ditulis tahun 1313 H/1895 M. Catatannya, "Muru'ah, ertinya "kemukaan" atau "kemanusiaan", iaitu kemuliaan seseorang, dan kesempurnaannya, dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya.

Dan terjemah hamba akan "muru'ah" dengan erti "kemukaan" itu, betul lagi nyata, kerana "kemukaan" pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang itu mempunyai nafsu yang dipuji.

Yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik Lagi tiada reda ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaan manusia.

Maka iaitulah 'ain "muru'ah" yang pada bahasa Arab, dikatakan "Si Anu itu orang yang bermuka". Ertinya: "mempunyai maruah, yang ia malu mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya".

Dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang datang kepada negeri mereka, istimewa ahlil Hijaz. Dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun. Dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya.

Dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta. Bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya. Dan "kemukaan" ini lain daripada "wajahah" yang pada bahasa Arab. Kerana makna "wajahah" itu "al-hazhu wal ratbah".

Dan iaitu bukannya "kemukaan" yang pada bahasa Melayu. Maka tertolaklah dengan demikian itu i'tiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemukaan". Maka ia berkata ia [bahawa] "kemukaan" itu terjemah "wajahah" yang pada bahasa Arab.

Ada pun tafsir hamba akan "muru'ah" dengan "kemanusiaan", ertinya "keadaan seseorang itu manusia yang sempurna".

Maka, iaitu terlebih nyata, karena syaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna "muru'ah" itu. Wallahu a'lam."

Masih dalam konteks di atas, sambungan kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani dilengkapi dengan kalimatnya bahawa orang Melayu "memiliki kehormatan yang sopan ..."

Aspek perkembangan ilmu pengetahuan.

Pada sambungan kalimat di atas Sheikh Ahmad al-Fathani menggambarkan orang Melayu dapat menerima perubahan perkembangan zaman serta cerdas menerima ilmu pengetahuan.

Inilah yang dimaksudkan dengan katanya bahawa orang Melayu "menguasai perbaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya".

Mengenai perkataannya "menerima pemodenan teknologi" Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa tulisannya turut membicarakan perkara itu. (Lihat Al-Fatawal Fathaniyah Sheikh Ahmad Al-Fathani, jilid 3, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1422 H/2002 M, halaman 31-32).

Aspek kedaulatan pemerintahan.

Dalam konteks kedaulatan pemerintahan, Sheikh Ahmad al-Fathani mengakhiri kalimat pada nota Tashil Nail al-Amani, katanya, "Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka. Semoga Allah memelihara negara-negara Islam daripada mereka (kafir). Amin".

Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin dan beberapa karangan yang lain menyebut mulai kedatangan Islam di dunia Melayu sehingga membentuk daulah yang dipegang oleh orang-orang Islam.

Namun selanjutnya bangsa penjajah Portugis, Inggeris dan Belanda telah datang menjajah dunia Melayu. Khusus mengenai Patani juga beliau sentuh.

Dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin memberi contoh peperangan yang panjang antara Aceh dengan penjajah Belanda, sampai tahun 1316 H/1898 M, iaitu zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, telah terjadi perang selama 29 tahun.

Tahun yang disebutkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani itu ada hubungan dengan perjuangan terakhir Teuku Umar.

Pada 1 April 1898 M, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, Teuku Tjoet Tungkob dan hulubalang-hulubalang mengucapkan sumpah setia kepada sultan untuk meneruskan perang sabilillah.

Selanjutnya pada 23 Julai 1898 M, di Keude Meulu, Pidie, Teuku Umar Johan Pahlawan Lampaseh, dilantik pemimpin perang sabilillah dalam satu mesyuarat pemimpin adat dan ulama-ulama Islam.

Sheikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M) hidup sezaman dengan Teuku Umar (1854 M - 1899 M), beliau lebih muda sekitar dua tahun daripada Teuku Umar.

Memerhatikan tulisan-tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai Aceh dan pada zaman yang sama beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Turki-Uthmaniyah minta bantuan melepaskan seluruh dunia Melayu dari semua penjajah bererti Sheikh Ahmad al-Fathani ada hubungan dengan semua perjuangan Islam di dunia Melayu termasuk Aceh.

Mengenai yang penulis tulis di atas di antaranya dapat dirujuk dalam Hadiqatul Azhar war Rayahin: Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam, jilid 1, halaman 142-147.

-penutup-


Rabu, 3 Februari 2010

Sultan Ismail Al-Marhum Skudai Part 3

Catatan ini dirakam dari sebuah blog (http://merbawi.blogspot.com)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik blog ini kerana telah berjaya menemukan sejarah yang amat berharga bagi ahli keluarga
Al-Marhum Skudai. Jazakallah ukhairi.. Semoga Allah sentiasa memberikan Rahmat dan Nur Rahman Nya kepada beliau. Sejauh mana ketepatan fakta ini kita serahkan kepada Yang Maha Esa.. Sesungguhnya ilham dan ilmu yang baik itu datangnya dari Allah jua.

Perspektif utama di sini adalah supaya waris ganerasi dan cicit piut al-marhum dapat mengambil ikhtibar dan menjadikan pedoman di atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku termasuklah diri saya dan keluarga sendiri. Bersama kita memanjangkan doa dan amalan yang baik kepada ahli-ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah..

Perjuangan nenek moyang kita yang telah melalui saat getir begitu juga sejarah perjuangan menghadapi ancaman penjajah. Sebuah era kehidupan yang penuh dengan kisah sedih serta kepayahan tidak seperti yang telah kita nikmati sekarang selepas negara kita merdeka. Kesenangan dan keselesaan hidup di atas pengorbanan begitu juga kesusahan keturunan kita yang terdahulu.

Renungkanlah bersama betapa kehidupan kita kini merupakan era proses membina semula empayar keluarga setelah ratusan tahun menghadapi zaman kejatuhan.. Wallahuwaqlam..


Berikut ini adalah hasil karya MERBAWI:

Salam sejahtera..! Setelah pembunuhan Birch, Sultan Ismail, ahli keluarganya dan penyokong penyokongnya telah melarikan diri bersama sama dengan alat alat kebesaran negeri Perak. Dato Maharajalela Pandak Lam telah bersama sama didalam kumpulan yang boleh dikatakan "besar". Dari istana baginda di Belanja, rombongan telah bergerak ke Kinta dengan dikejar dari belakang oleh polis Inggeris yang lengkap bersenjata meriam dan senjata api. Dari Kinta, rombongan telah bergerak ke Hulu Perak, terus ke sempadan dengan Pattani. Tentera Inggeris pula disokong oleh askar askar Sepoi (Benggali), Gurkha, askar upahan dari kalangan orang melayu. Manakala rancangan untuk mengepung dan menangkap Sultan Ismail dan kumpulanya telah dirancang dari Pulau Pinang dengan sokongan dari Raja Muda Yusuf dan pasukan dari negeri Kedah seperti diterangkan dalam;
"For a whole month longer, however, Ismail and the remnant of his followers remained at liberty near the head of the Perak river; until, feeling that if they Were permitted to remain unmolested in their retreat, they would form the nucleus of a fresh disturbance, the Governor sent orders to Penang for another effort to be made from that settlement to effect the ex- Sultan's capture. The plan proposed was that, after obtaining information as to the exact whereabouts of the fugitives, three combined movements should be flade-by Malays under Rajah Muda Yusuf, by men from Salama, and a force from Quedah" - Page 405
Sumber dipetik dari Title: Perak and the Malays
Author: McNair, John Frederick Adolphus, 1828-1910

Pihak Inggeris telah menulis kepada kerajaan Siam untuk tidak membenarkan bekas Sultan Ismail masuk ke Pattani, Raja Siam telah mengarahkan orang orang Pattani untuk menurut dan melaksanakan arahan tersebut. Walaubagaimanapun, orang orang Pattani telah tidak menlaksanakan arahan tersebut, seperti dibawah;
In accordance with these orders, an expedition started, under Mr. Hewick, the Assistant-superin- tendent of Police of Province Wellesley; and he soon found, by the action taken by the Patani men, that the orders of the king of Siam for the prevenfion of the entrance of the fugitives into his province had been stringent: but they acted in a double-edged manner; for the instructions being to the authorities to prevent all Perak men from entering Patani terri- tory, and as there was no road from Perak o Quedab that did not pass through Patani, the whole expedition with its Perak men, was brought to a standstill. While matters were in this state news was brought in that Ismail was wearied out and ready to give himself up, and was on the frontier waiting. There were still some difficulties to get over, as now there was a chance of hindrance being thrown iU the way of the capture; for the Patani men showed a disposition to meddle, and sent parties out to interfere. - page 406

Bekas Sultan Ismail akhirnya telah membuat keputusan untuk menyerah diri kepada Sultan Kedah kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan pengikut pengikutnya yang telah ramai sakit dan tercedera didalam hutan. Diantara pengikutnya ada yang telah mati semasa peperangan dengan Inggeris semasa dikejar, ada yang sakit dan tidak meneruskan perjalanan. Jumlah kesemua ahli keluarga dan pengikut bekas Sultan Ismail adalah seramai 170 orang termasuk wanita dan kanak kanak, walaubagaimanapun kumpulan ini tidak termasuk Dato Maharajalela Pandak Lam dan pengikut pengikutnya yang masih meneruskan usaha daripada ditangkap oleh Inggeris diHulu Perak.
By a little judicious management, however, Mr. Hewick, had Ismail taken to a place called Cheeab, and following him there, found him encamped in the jungle with his people, to the extent of about one hundred and seventy men, women, and children. - page 406

Setelah itu mereka dibawa ke pelabuhan Kuala Muda, dari seramai 170 orang, hanya seramai 18 orang sahaja, dari kalangan ketua, pengikutnya serta bekas Sultan Ismail dan kesemua alat alat kebesaran Negeri Perak telah dibawa kePulau Pinang.
The march was afterwards continued to Qualla Muda, where the ex-Sultan, the regalia, and the chiefs and followers, to the number of eighteen, were embarked and taken to Penang, while the women and children and twenty Seven elephants were left in Quedah. It seems that the sufferings of Ismail and his followers must have been very severe; for when he rendered he was in a destitute condition, his people emaciated, many of them ill, while many more had been left behind in the jungle and had died off. - page 410

Dari Pulau Pinang, bekas Sultan Ismail, ketua dan pengikutnya seramai 18 orang telah dibuang negeri ke Sekudai, Johor. Sultan Johor telah mengambil tanggung jawab untuk memastikan
bekas Sultan Ismail tidak akan campurtangan dalam masa depan negeri Perak. Semasa dalam pembuangan, perbelanjaan hidup disediakan oleh Sultan Johor melalui pembiayaan wang dari negeri Perak.
The circumstances of the case against Sultan Ismail and his following were considered sufficient also to justify their continued detention at Johore, Where the Maharajah undertook to provide against their being intrigued with in connection with the future affairs of Perak; while for the maintenance of the various chiefs provision was arranged for out of the revenue of Perak. In connection with these arrangements, a procla- rnation was issued by Sir William Jervois, in March - page 411

Di antara barang barang kebesaran negeri Perak yang dirampas dari bekas Sultan Ismail adalah seperti berikut;
1. Gajah - 27 ekor yang masih hidup dan ditinggalkan di Kedah
2. Beberapa Keris emas
3. beberapa Pedang
4. Loceng atau Genta
5. Naga..??(kemungkinan patung naga yang diperbuat dari emas)
6. Beberapa barangan yang diperbuat dari emas dan perak.

Nota: Barangan ini tidak termasuk daripada pembesar pembesar lain yang dirampas dan tidak direkod. Yang direkodkan hanyalah barangan rasmi kerajaan negeri Perak. Barangan ini kesemuanya dibawa keEngland. Walaubagaimanapun, ada pendapat yang menyatakan barangan ini tidak dibawa kesana. Ini tidak dapat disahkan.
The Perak regalia, which was captured with ex- Sultan Ismail, consisted, besides elephants, nierey of a few golden krises, swords, bells, dragons, and various gold and silver articles of a personal character. - page 413


DYMM Almarhum Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah (Marhum Mangkat Skudai) Part 2.


SULTAN ISMAIL MU'ABIDIN RIAYAT SHAH (MARHUM MANGKAT DI SEKUDAI)
(1871 - 1874)

Raja Bendahara Raja Ismail dilantik menjadi pengganti Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah yang telah mangkat lebih daripada sebulan belum disemadikan. Raja Ismail telah dilantik oleh orang besar-besar Perak memandangkan Raja Muda Raja Abdullah tidak berani berangkat menghadiri serta mengetuai istiadat permakaman Almarhum. Raja Ismail adalah putera Raja Nandak binti Almarhum Sultan Ahmaddin Shah dengan suaminya Saiyid Shaikh Al-Khairat, Raja dari Siak, dan telah diambil menjadi Raja Bendahara dalam pemerintahan Almarhum Sultan Jaafar Mua'azzam Shah (Sultan yang ke-23).

Setelah menjadi Sultan yang ke-25, Raja Ismail bergelar Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah, dan bersemayam di Belanja. Dari masa itu hingga beberapa tahun kemudian, kerabat-kerabat diraja sentiasa berseliseh antara sama sendiri, terutama di antara baginda dengan Raja Muda Raja Abdullah, Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Adalah dipercayai baginda juga telah mengambil Raja Tepus dijadikan pemangku Raja Mudanya kerana baginda tidak dapat kerjasama daripada Raja Muda Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Jaafar Mua'azzam Shah bersemayam di Batak Rabit.

Disebabkan perselisehan sesama sendiri antara kerbat-kerabat diraja Perak itu, maka pemerintahan di Negeri Perak telah menjadi semakin kucar-kacir lagi. Tambahan pula, huru-hara yang dibangkitkan oleh kaum Cina di Larut sejak tahun 1872, yang disebutkan Perang Larut, tidak dapat diselesaikan oleh raja-raja dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim itu. Dalam keadaan kekacauan itu, Raja MUda Raja Abdullah, Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah, Raja Idris ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar (ibni Raja Kecil Tengah Raja Ahmad) dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim masing-masing telah meminta bantuan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Hary Ord, di Singapura untuk menegakkan kedudukan mereka masing-masing.

Pada bulan April 1872, Raja Muda Abdullah dengan sendirinya telah menyatakan bahawa beliau merupakan Sultan Perak yang sah serta mengambilnya Raja Yusuf sebagai Raja Mudanya. Pada bulan yang sama, Gabenor Ord telah menghantar wakilnya, C.J. Irving, yang sedang berkhidmat sebagai Juruodit Agung Negeri-Negeri Selat, datang ke Perak menyelidikkan keadaan kesultanan itu. Irving telah berjumpa dan bertemu-ramah dengan Raja Muda Raja Abdullah, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan lain-lain orang besar-besar di atas kapalnya bernama Pluto di Sungai Larut. Maka pada 25 April 1872, Raja Muda Raja Abdullah telah mengemukakan tuntutannya kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat bahwa beliau adalah waris yang lebih berhak dilantik menjadi pengganti Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah. Selepas sebulan daripada pertemuan dengan Irving, Gabenor Negeri-Negeri Selat telah memanggil semua orang besar-besar Perak datang berkumpul di Pulau Pinang menghadiri suatu persidangan mengenai siapa yang lebih layak menjadi Sultan Perak itu dengan Gabenor Ord. Tetapi orang besar-besar memaklumkan bahawa perkara berkenaan Sultan Perak telah pun diselesaikan dan mereka tidak hadir untuk bersidang dengan Gabenor.

Pada tahun 1872, berbangkit pula pergaduhan orang-orang Cina di Larut antara pihak Hai San dengan pihak Ghi Hin, (yang dirujuk sebagai Perang Larut yang ketiga). Pergaruhan tersebut berlarutan dan pada awal tahun 1874 barulah orang Inggeris menggunakan pengaruhnya untuk memberhentikan pengaduhan orang-orang Cina di Larut dan di Pulau Pinang. Dalam pergaduhan tersebut, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan beberapa orang Raja pula menyertai bahagian dan memberi sokongan kepada kongsi-kongsi Cina yang mereka sukai.

Pada bulan Ogos 1873, Gabenor Ord telah datang ke Pulau Pinang dan berjumpa dengan Raja Muda Raja Abdullah. Pada 3 September 1873, setelah mendengar penerangan daripada Leftenan Gabenor A.E.H. Anson, Gabenor Ord telah mengiktirafkan Tengku Menteri Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut yang sah.

Susulan daripada itu, Raja Muda Raja Abdullah pula berangkat ke Singapura berjumpa dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru untuk berunding tentang tuntutannya menjadi Sultan Perak. Gabenor baru ialah Sir Andrew Clarke. Maka pada 30 Disember 1873, atas pujukan daripada sahabatnya bernama W.H. Read di Singapura, Raja Muda Raja Abdullah telah mengutus surat kepada Sir Clarke meminta Gabenor itu mencampur-tangan menyelesaikan huru-hara di Negeri Perak dan menerimanya sebagai Sultan Perak yang sah. Tidak beberapa lamanya, Sir Clarke pun datang ke Pulau Pangkor berjumpa dengan orang besar-besar Perak serta ketua-ketua Cina yang bergaduh di Larut. Akhirnya, pada 20 Januari 1874, suatu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Pangkor telah pun dimeteraikan oleh kerabat-kerabat diraja dan orang besar-besar Perak dengan pihak Gabenor Negeri-Negeri Selat. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah Raja Muda Raja Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, pewujudan jawatan Residen British di Perak untuk menasihatkan Sultan dalam segala perkara selain daripada yang tersentuh dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dengan wujudnya perjanjian itu, Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah, yang tidak hadir dalam perjumpaan dengan Sir Clarke di Pulau Pangkor, telah diturunkan daripada takhta kerajaan Negeri Perak serta dibenarkan memakai gelaran 'Sultan Muda' dan diberikan gaji oleh Kerajaan Negeri Perak. Kuasa dan kedudukan Tengku Menteri sebagai pemerintah Larut juga disingkirkan, dan diserah-balik kepada Sultan Perak yang baru diiktirafkan.

Mengikutan daripada pewujudan Perjanjian Pangkor, pegawai Inggeris J.W.W. Birch telah dilantik menjadi Residen British yang pertama. Maka pula timbullah perselisehan antara Sultan baru dan Residen British yang kemudiannya menyebabkan pembunuhan Birch di Pasir Salak. Peristiwa gelap ini menyebabkan terbitnya Perang Perak. Pemerintahan British telah menangkap orang-orang yang terlibat dengan pembunuhan Birch, dan mereka dijatuhkan hukuman. Kepada bekas Sultan, Sultan Muda Ismail, baginda telah dibuang negeri ke Johor pada tahun 1877. Sultan Muda Ismail berhinggap di Sekudai sehingga baginda mangkat pada 4 September 1889 dengan bergelar 'Marhum mangkat di Sekudai'. Almarhum dipermakamkan di Bukit Mahmudiah di Johor Bahru.


YAM Sultan Ismail Mu'ab ud-din Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sayyid Sheikh al-Khairat (Al-Marhum Skudai) - Part 1















Rakaman cacatan daripada www.royalark.net/malaysia/perak8/htm bertajuk

The Siak Dynasty

GENEALOGY

1871 - 1874 H.H. al-Mastur Bsetriu'llah al-Jamil Paduka Sri Tuanku Sultan Ismail Mu'abuddin Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sayyid Sheikh al-Khairat [Marhum Mangkat di-Sekudai], Sultan and Yang di-Pertuan of Perak Darul-Ridzwan, son of Y.M. Raja 'Abdu'l-Rahman, of Siak, Sayyid Shaikh ul-Amin, by his wife, Y.A.M. Raja Mandak binti al-Marhum Sultan Ahmad uddin Shah, younger daughter of H.H. Maulana Paduka Sri Tuanku Sultan Ahmad uddin Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah Aminu'llah, Sultan and Yang di-Pertuan of Perak. Raised to the title of Raja Bendahara 1850. Appointed as Heir Apparent with the title of Tuanku Raja Muda, Wakil us-Sultan, Wazir ul-Azam, 9th October 1865. Proclaimed as Sultan, 26th May 1871. Installed at Kuala Kangsar, 28th June 1871. Deposed by the Treaty of Pangkor and was granted a pension and the personal title of Sultan Muda, 20th January 1874. Exiled to Singapore and later to Johor. m. (first) (div.) Y.M. Raja Teh Sharifa binti Raja Sayyid Hasan, former wife of H.H. al-Matukkal Billahul-Jali Paduka Sri Tuanku Sultan 'Ali al-Mukammil Inayat Shah Nabiu'llah ibni al-Marhum Sultan Shahabud-din Ri'ayat Shah Safiu'llah, Sultan and Yang di-Pertuan of Perak Darul-Ridzwan, and of Sultan Muda Ngah, and daughter of Y.M. Raja Ngah Daha Sayyid Hasan bin Ahmad, by his wife, a daughter of Sayyid Ja'afar. m. (second) Y.M. Raja Fatima binti Raja Daud, daughter of Y.A.M. Raja Daud bin Raja 'Ali, Raja Kechil Besar, by his second wife, Che' Long Halima binti Inche Muhammad. He d. at Sekudai, Johor, 4th September 1889 (bur. at the Royal Cemetery, Mahmoodiah, Johor Bahru)


Al-Marhum Skudai having had issue, one son and two daughters:
  • 1) Y.A.M. Raja Lope Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ismail Mu'abuddin Ri'ayat Shah. He had issue, two sons and one daughter, including:
    • a) Y.M. Raja Othman bin Raja Lope Ahmad.
    • b) Y.M. Raja Hamza bin Raja Lope Ahmad. (Copyright©Christopher Buyers)
  • 1) Y.A.M. Raja Long Siak binti al-Marhum Sultan Ismail Mu'ab ud-din Ri'ayat Shah (d/o Raja Teh Sharifa).
  • 2) Y.A.M. Raja Long Khadija binti al-Marhum Sultan Ismail Mu'ab ud-din Ri'ayat Shah (d/o Raja Fatima). m. Y.A.M. Raja 'Usman ibni al-Marhum Sultan 'Ali al-Mukammil Inayat Shah Nabiu'llah, Raja Bendahara (d.s.p.), eldest son of H.H. Paduka Sri Tuanku Sultan 'Ali al-Mukammil Inayat Shah Nabiu'llah ibni al-Marhum Sultan Shahab ud-din Ri'ayat Shah Saifu'llah, Sultan and Yang di-Pertuan of Perak.






MARTABAT BELIA

Rencana yang pernah diterbitkan di dalam Akhbar Melaka Hari Ini tahun 2008
Slug : Belia
Susunan : Rizuan Ahmad

Negeri Melaka Bersejarah merupakan salah sebuah daripada 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk negara Malaysia di bawah pentadbiran pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional. Sebuah negeri dengan majoriti rakyatnya yang patriotik dan setia menyokong usaha-usaha kerajaan terutamanya golongan belia. Kegigihan usaha kerajaan terus mengembeling tenaga serta fikiran memastikan hala tuju belia Melaka terus berkembang dan melahirkan elit-elit yang merupakan bakal pemimpin ganerasi hadapan serta terus memperjuangkan kedaulatan negeri ini.

Terbaru Perdana Menteri Malaysia, mencadangkan di dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) supaya menambah bilangan sasaran belia yang dilatih melalui pelbagai program seperti youth to youth, rakan muda dan PLKN kepada bilangan 6 juta orang berbanding jumlah penduduk belia Malaysia seramai 11.1 juta orang.

Perdana Menteri turut mencadangkan agar Institusi Pembangunan Belia Malaysia membuat kajian bagi memahami aspirasi dan tuntukan belia yang memfokuskan kepada pembinaan modal insan ke arah melahirkan belia yang bersemangat patriotisma serta dilatih secara komprehensif 'Soft Skills' dan 'Hard Skills'.

Golongan belia perlu sedar bahawa kerajaan sentiasa berusaha memberi peluang-peluang baru yang sewajibnya disambar bagi membina soft skills dan hard skills agar belia mampu berdiri sendiri membentuk modal insan dan jati diri.

Sains dan teknologi terkini terutama di bidang ICT sebenarnya berjaya melebarkan saluran informasi dunia tanpa sempadan dengan penaklukan jurang digital merangkumi segala aspek keperluan membina sahsia diri belia. Bukan lagi masanya untuk belia berpeleseran sebaliknya belia perlu bijak merancang aliran pembangunan diri supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negeri sebagai rakyat yang cintakan negerinya.

Belia yang sihat, intelek serta matang memilih aktiviti-aktiviti yang meransang perkembangan minda serta tidak mudah tunduk kepada anasir-anasir yang membawa kepada kerutuhan akhlak, mahupun melibatkan diri dengan gejala sosial yang negatif seperti gangsterism, penyalahgunaan dadah, pergaulan seks bebas dan sebagainya yang membawa kepada kemusnahan diri. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan berdisiplin, menghormati masyarakat yang lebih lanjut usia, bergotong-royong dan yang paling utama tidak terpengaruh dengan budaya hidup melanggar syarak (kepada yang beragama islam).

Penyakit sosial yang paling digeruni masa kini adalah salah laku seks sehingga ada antaranya yang sanggup membuang janin begitu juga membuang anak yang baru lahir. Belia perlu sedar bahawa masalah ini merupakan tanggungjawap bersama bagi membendungnya. Belia yang berlatarbelakangkan penerapan ilmu agama islam serta beramal soleh pasti dapat memberi kekuatan naluri dan akal, justeru mengawal nafsu seks agar tidak tersasar begitu juga tidak menjurus kepada penganjuran parti-parti sosial yang melampaui batas.

Belia perlu menolak sebarang usaha yang menyalahguna kecanggihan teknologi komunikasi yang diamalkan sesetengah pihak untuk merakam adegan-adegan seks peribadi untuk tatapan umum. Budaya begini seharusnya menimbulkan rasa kesedaran belia betapa maruah keluarga, bangsa dan ugama pasti tercalar sekiranya penyakit sosial ini terus dijadikan amalan dan menular sehingga keperingkat pelajar sekolah khususnya. Sebaiknya belia mengikuti program-program anjuran kerajaan yang membentuk keperibadian modal insan yang baik serta membina kemahiran dan menumpukan masa kepada amalan-amalan yang membina pembelajaran mahupun kerjaya.

Peluang kerjaya yang melibatkan organisasi mahupun berkemampuan membuka perniagaan sendiri memerlukan sambutan belia di semua sektor pembangunan bukan sahaja infrastruktur, budaya, bahasa, ekonomi dan sebagainya. Seharusnya teknologi maklumat ICT dijadikan platform untuk membina kerjaya mahupun pembelajaran berdasarkan soft skills dan hard skills yang telah salurkan oleh pihak kerajaan melalui program-program yang dianjurkan.

Maka martabat belia Malaysia akan sentiasa terpelihara malah semakin maju sejajar dengan MISI kearah negeri Melaka Maju Menjelang 2010. Sambutlah saranan kerajaan dan curahkan seluruh usaha dan tenaga bersama memperkembangkan sahsiah ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi. Tingkatkan modal insan serta peliharalah negeri Melaka khususnya dan negara Malaysia amnya kearah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai genarasi yang bertamadun dan berilmu. Bersama berganding bahu memikul tanggungjawap mengembeling tenaga dan fikiran memperjuangkan kemerdekaan agar tidak diperkotak-katikkan oleh pengaruh pengjajahan minda dan amalan hidup negatif negara luar selain Malaysia.

MODAL INSAN - ETIKA KERJA DENGAN NILAI ISLAM.

Rencana yang pernah diterbitkan di Akhbar Melaka Hari Ini tahun 2008.
Slug : Modal Insan.

Susunan : Rizuan Ahmad

MODAL INSAN suatu penerapan nilai-nilai jati diri yang disarankan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia, merupakan perancangan positif untuk menyediakan rakyat Malaysia sekarang menghadapi globalisasi dunia yang begitu pesat. Fitrah di dalam kehidupan manusia yang beragama Islam mengejar kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Setiap perbuatan atau pekerjaan diterapkan dengan nilai-nilai duniawi dan ukhrawi.

Intipati Islam itu sendiri terserlah nilai-nilai modal insan yang sangat efektif dan perlu diaplikasikan agar pembangunan negara yang pesat tidak akan menenggelamkan cahaya Islam dalam kehidupan kita. Hasrat murni Perdana Menteri, menjadikan modal insan sebagai matlamat bagi menjana sahsiah negara Malaysia yang bertamadun, progresif, berdaya saing, pesat dan aman harus diterima serta diaplikasikan di dalam institusi kekeluargaan.

Islam adalah kepercayaan/iman yang amat universal meliputi pengetahuan yang luas tentang alam cipta Tuhan yang nyata, tersembunyi dan perkara mustahil bagi makhluk untuk menandinginya. Selain itu, Islam menyeru umatnya berperibadi mulia, berilmu dan berjaya di dalam semua bidang.

Islam mengajar manusia menjadi berdisiplin, berkeyakinan, berusaha, dedikasi, kreatif, berani, sabar dan bertawakal kepada Tuhan. Nilai-nilai yang indah ini secara tidak langsung membina etika ketika bekerja dan membina modal insan yang berwawasan.

BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH

Ikhlas dan amanah bagi seseorang pekerja adalah modal insan yang sempurna serta mendapat keredhaan Allah SWT. Pekerja yang ikhlas dan amanah akan menerima tugasan dengan rela hati dan penuh rasa tanggungjawap untuk menyempurnakannya.

Etika begini akan memastikan pekerja sentiasa memberi keutamaan kepada tugasan serta memuhasabah diri bahawa Allah SWT sentiasa melihat tugasan-tugasan yang dilakukannya dan pengawasan Allah SWT lebih tajam daripada pengawasan manusia terhadapnya. Seperti firman Allah SWT ertinya:
"Bahawasanya Allah SWT melihat ia dengan sekelian perbuatan hamba-Nya" (Mukmin:44)

Pekerja yang Ikhlas, amanah, berkemahiran, berilmu dan dedikasi akan dapat membina masyarakat yang jauh dari kemusnahan bertepatan dengan maksud Hadis Rasullullah SAW "Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kemusnahan."

Sejajar dengan saranan kerajaan satu ketika dahulu mengujudkan budaya kerja yang Bersih, Cekap dan Amanah. Modal insan yang mampu memastikan negara dapat membenteras gejala rasuah selain mempertingkatkan prasarana kerja yang aman dan diberkati Allah SWT.

BEKERJA DENGAN BERMUSYAWARAH DAN BEKERJASAMA

Manusia tidak dijadikan berseorangan malahan Allah SWT mencipta manusia berpasang-pasangan, berkeluarga, berkumpulan dan bermasyarakat. Setiap manusia saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.

Bermusyawarah dan bekerjasama melaksanakan apa sahaja dengan iktiqad kerana Allah semata-mata. Islam turut menggalakkan umatnya bergotong-royong bagi menyempurnakan apa sahaja pekerjaan. Kedua-dua etika ini saling bergandingan untuk memastikan tugasan terlaksana dengan sempurna menepati segala aspek dan tidak tercacat cela.

Tugasan perlu dimusyawarahkan bagi mengumpul segala maklumat yang tepat, merancang pelan tindakan seterusnya melantik individu-individu yang layak dan tugasan disempurnakan secara bersama, bergotong-royong serta memastikan tugasan itu berjaya dengan gilang gemilang.

Modal insan yang sebegini memastikan setiap peringkat di dalam organisasi menyedari peranan dan tanggungjawap masing-masing tanpa ada rasa ketinggalan selain daripada mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti, produktif, berteknologi dan diterima masyarakat.

Setiap pekerja yang menerima prinsip berjemaah ini akan berpegang pada kepentingan penyatuan fikiran, penyatuan matlamat, penyatuan amalan, penyatuan ilmu dan penyatuan tindakan. Pekerja akan lebih progresif di dalam menyumbangkan idea, bersikap toleransi, terancang, begitu juga bersedia menerima idea kumpulan, bekerjasama, bersatu dan lebih teliti melaksanakan atau menyelesaikan semua tugasan.

Wallahuwaqlam.

TANDA AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH

Dipetik dari kitab cerita & doa:

Firman Allah s.w.t. surah Muhammad, Ayat 31:

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalagan kamu dan orang-orang yang sabar (sehingga) Kami dapat mengesahkan (Benar atau tidaknya). Berita-berita tentang keadaan kamu."

Seseorang yang melakukan 4 perkara kemudian ia tidak bertambah baik, maka itu berkemungkinan amalan tidak diterima...

1) Orang yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikannya..
2) Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikannya..
3) Orang yang naik haji, sekembali kemudian tidak bertambah amal kebaikannya..
4) Orang yang sakit bila sudah sembuh, kemudian tidak bertambah baik amal perbuatannya..

Sesiapa yang mengaku 3 perkara maka dia ditertawakan syaitan:

1) Orang yang mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal cinta pada dunia.
2) Orang yang mengaku redha pada Allah s.w.t. sedangkan dia tidak membenci hawa nafsunya.
3) Orang yang mengaku ikhlas sedangkan dia ingin dipuji orang lain..

Tanda-tanda orang yang tertipu oleh bisikan syaitan ada 3:
1) Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya..
2) Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya..
3) Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya..

Tanda-tanda orang yang mengharapkan kepada rahmat Allah s.w.t. juga ada 3:
1) Hatinya digunakan untuk berzikir (ingat pada Allah)..
2) Lidahnya untuk berzikir..
3) Badannya untuk beramal..

Wallahuwaqlam..
Bersamalah kita bermuhasabah diri dan membuat anjakan paradigma pada diri kita.. Catitan ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri, isteri, anak-anak, keluarga dan semua yang terbuka hati untuk membacanya.

Sesungguhnya saya yakin dan iman pada diri saya bahawa Allah itu meliputi sekelian alam dan tidak ada sesuatu yang bukan milikNya.. kita hanyalah pelakon di pentas layar yang sementara bagi mengEsakan kebesaran Allah yang Maha Rahman dan Rahim..

Berjalanlah diri saya dalam diri yang menentukan perjalanan serta yang merancang perjalanan sesungguhnya meliputi segala Yang Meliputi, Nur Muhammad pada sifat Zat Nurullah yang tidak bercerai tanggal dengan panduan Al-Fatihah yang agung..

Al-Fatihah.. (sedekahkan pada arwah bonda saya Syarifah Aisyah Bte Raja Maheran)